Monday, February 2, 2009

Syed Hamid: Mereka Bukan Hilang, Tapi Hanya Bersiar-Siar Di Rumah Najib


Ada beberapa berita menarik mengenai kehilangan 2 ADUN PKR yang sehingga kini belum ditemui:


i) Kedua-dua ADUN itu tidak hadir dalam sidang akhbar yang dijangka mereka adakan di sebuah hotel di KLIA pada petang ini.

ii) Firdaus Saharudin, yang mendakwa beliau sebagai pembantu khas kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi berkata, wakil rakyat itu tidak hadir pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di KLIA kerana kurang sihat. Bagaimanapun katanya, Jamaludin kini dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

iii) Sebelum ini terdapat khabar-khabar angin bahawa kedua-dua ADUN itu sedang berehat di kediaman Najib di Pekan, Pahang.

iv) "Mereka bukan budak-budak kecil lagi tetapi sudah dewasa. Mungkin mereka pergi bersiar-siar", Kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar di Pulau Pinang kelmarin.

Jika keempat-empat berita itu dirangkumkan ia akan menjadi begini: Kedua-dua ADUN itu bukan hilang, tetapi cuma bersiar-siar di Pahang, kemungkinan besar di sekitar kediaman Najib di Pekan, Pahang. Jamaludin kini dalam perjalanan pulang dari Pahang ke Kuala Lumpur.

Jadi yang PKR heboh sangat baru-baru ini dengan kehilangan 2 ADUNnya itu, rupa-rupanya hanya spekulasi sahaja. Mereka bukannya hilang, tetapi bersiar-siar seperti kata Syed Hamid, ya, bersiar-siar di kediaman Dato Najib di Kuantan Pahang.

Oleh: pendikar gunung kriang.

2 comments:

AKU ANAK GURUN said...

saudara saya penin nak rehat sat nak tgk Perak dulu jadi mcm mana. PI MAI PI MAI DOK TANG TU KALANG KELIBUT BETOI TAPI MEMANG MCM TU ORG DI ROMPIN PAHANG TAU SANGAT BENDA BENDA MACAM TU

pendikar gunung kriang said...

Allayarham ayah saya dulu selalu sebut politik sebagai "politaik" (politahi), kerana katanya politik itu sama kotor dengan benda tu.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.