Wednesday, February 4, 2009

Tahniah BN, Rampasan Kuasa Berjaya!!

Kabar dari Utusan Online memaklumkan Datuk Seri Najib Tun Razak telah selesai membuat sidang akhbar sebentar tadi bagi mengumumkan BN berjaya membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik oleh Menteri Besar Perak yang baru.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu.

Yang menjadi tanda tanya kini ialah bagaimana dengan kedudukan DUN yang telah dibubarkan, adakah ia pembubaran yang tidak sah dari segi perlembagaan? Dan yang kedua, apa titah Sultan ketika Menteri Besar, Dato Nizar mengadap baginda tadi?

Jika benar Perak dapat direbut kembali dengan cara yang selicik itu oleh BN, kita ucapkan tahniah kepada BN yang telah berjaya merampas kuasa secara yang sangat tidak bermoral. Sekali lagi sejarah mencatatkan opera kotor yang mencacatkan sistem demokrasi negara ini.

Kepada rakyat Perak, bersabarlah. Namun tiada siapa yang dapat menghalang anda memenuhi jalan raya bagi menyatakan isi hati anda selepas ini!!

Oleh: pendikar gunung kriang

5 comments:

Anonymous said...

BODOH,
KALAU BN BERJAYA BUAT SESUATU ADA SAJA PERKARA YANG TAK BETUL YANG KAU ORANG FIKIRKAN..
KALAU PKR, TAKDA APA2 PLAK EEE...

OTAK TARAK GUNA..

pembunuhiblis said...

anonymous,

Tahniah kepada kamu kerana otak tarak guna. Sebelum meninggal nanti, tolong wasiatkan otak kamu kepada lembu-lembu pliharaan ayah saya!!

Anonymous said...

HAAAAA,
BUEK KENDURI POTONG LANCAU LA...
BUAT PEMBUNUHIBLIS......PADAN MUKA KAU....HAHAHA..

Anonymous said...

alamak.....

macamana kandang yang aku dah buat tuh???.
aduhai....mana nak letak BABI yang banyak ni!!.
antar kat rumah nizar lah...ataupun rumah..............PEMBUNUHIBLIS... HAHAHA...

pendikar gunung kriang said...

ananymous & pembunhh iblis,

Jangan emosional. Jaga pekerti bangsa dan jangan jatuhkan maruah agama dengan bahasa yang kurang sopan.

Rais Yatim kata: Budi bahasa budaya kita.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.