Tuesday, February 10, 2009

Tak Kan Nilai ADUN Bukit Selambau Cuma RM5 Juta?


Ketika ADUN Changkat Jering dan Behrang dicolek oleh pihak junta dahulu, ada Surat Akuan Bersumpah dari seorang pemimpin PKR Ipoh Barat menyatakan bahawa nilai pembelian kedua-dua ADUN PKR itu ialah RM50 juta atau RM25 juta seorang.

Malam tadi Menteri Besar Kedah memaklumkan kandungan surat Arumugam yang meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri. Beliau menyatakan punca perletakan jawatan Arumugam ialah kerana tidak tahan dengan gertakan mafia BN yang terus menerus mengugutnya. Beliau juga menyatakan telah diumpan sebanyak RM5 juta untuk menyertai BN. Sebagai seorang yang berprinsip dan mencintai keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan EXCO.

Tetapi bagi saya nilai RM5 juta itu agak kecil untuk seorang EXCO seperti beliau. Jika ADUN Changkat Jering dan Behrang diberi nilai RM25 juta, mengapa ADUN Bukit Selambau cuma RM5 juta? Adakah kerana Kedah negeri yang masih jauh ketinggalan berbanding Perak dan Bukit Selambau pula cuma satu kawasan berlatar belakangkan ladang getah, maka nilai wakil rakyatnya cuma RM5 juta?

Sepatutnya untuk mengumpan mereka yang bertaraf EXCO ini, pihak pemancing yang tidak bermaruah itu perlu mempunyai satu tanda aras harga yang lebih munasabah. Mengapa tidak letakkan misalnya sekurang-kurangnya RM25 juta sebagai tanda aras minimum nilai seorang EXCO yang dipancing dan RM15 juta untuk seorang ADUN? Jika ada tanda aras sebegini, tentu ramai petualang yang bermentaliti seperti ADUN Behrang dan Changkat Jering yang berminat hendak bertanding jadi calon pilihan raya PR, kerana mereka berpeluang cerah untuk melompat parti selepas menang dan menjadi jutawan segera dengan nilai simpanan yang boleh diwarisi sehingga 2-3 keturunan!



Oleh: pendikar gunung kriang

5 comments:

Anonymous said...

EEHHHH...!!! KAU TAK TAU KE..??
INI BUKAN PASAL DUIT ..TETAPI PASAL MORAL...
SI MUGAM TU DAH ROGOL PEREMPUAN...DAN DAH MENGANDUNG...

PAS TU SULTAN KEDAH DAH TAU...APA LAGI KENA LUTU LAH...
TU LAH PASAL...

DAH ADA KUASA, LAIN YANG KAUORANG BUAT...!!!
INILAH ORANG YANG KAU SANJUNG2

Anonymous said...

anony,

Aku anony 2...Maksud kamu arumugam tu lakukan seperti apa yg najib lakukan dgn ziana di port dickson itu dulu ke? oh, fahamlah aku, fahamlah aku, tak sangka arumugam nie pun romeo macam najib tu juga!! Sama kelas gituuu....

Anonymous said...

YA ANON DIORANG MEMANG SAMA..
SATU GURU LA GAMAK EEE..

BAGI PELEMPANG ORANG YANG MACAM INI..!!

Anonymous said...

apa kejadah nak melabur pada lubang sampah???.
lansung tak da faedah....
abihkan beras jer..

duit banyak tu lebih baik jadikan subsidi pada orang miskin,memandang pada harga barang sekarang ini.

Anonymous said...

APALAH PEREMPUAN NIH...KOLING HITAM TU PUN JADI..!!

TAKDE ORANG LAIN LAGI KE?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.