Thursday, February 5, 2009

Terkini Ipoh: 15,000 Di kediaman MB


IPOH 10.26 malam: Sehingga kini lebih 15,000 rakyat (ada kata lebih 25,000) dari pelbagai kaum sedang menyertai perhimpunan Pakatan Rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sejak jam 9 malam tadi.

Mereka membawa berbagai sepanduk yang antara lain berbunyi "Daulat Tuanku, Mohon Bubar DUN" dan "Hancurkan BN".

Setakat ini, anggota polis dan Unit Pencegah Rusuhan (FRU) berkawal di sepanjang jalan masuk ke kediaman berkenaan dan keadaan dilaporkan sedikit tegang.

Pada masa ini ceramah pemimpin-pemimpin PR sedang berlangsung. Bekalan letrik difahamkan akan diputuskan oleh TNB bila-bila masa bagi mengelakkan suara rakyat terus didengari.

Masih ramai di luar kediaman MB tidak dapat masuk. Seperti biasa terdapat puak-puak tertentu (ada kata samseng Pemuda UMNO) yang cuba buat provokasi di luar kediaman MB. Sementara itu ratusan kenderaan lagi masih tersangkut di lebuhraya masuk tol Ipoh, tidak dapat masuk ke bandaraya ini.

Nampaknya rakyat sedang bersuara. Suara rakyat suara keramat. Tapi patutkah suara rakyat didengari? Ya, suara rakyat perlu didengari, itu pun jika ada yang masih menganggap negara ini negara demokrasi!!

AMPUN TUANKU, KEBIJAKSANAAN TUANKU RAKYAT DAMBAKAN!!!


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.