Monday, February 2, 2009

Terpanas dan Terkini: Najib Tawar RM50 Juta Untuk Lompat Parti


Saya sebenarnya sangat malas untuk mengulas berita lompat melompat, culik menculik, letak tak letak jawatan dan pelbagai cerita di sekitar politik Perak sekarang. Tapi kadang-kadang apabila ada berita terpanas dan terkini, terpaksalah juga kita membacanya. Dan hari ini ada satu berita terpanas dan terkini yang menarik perhatian saya. Yang paling menarik perhatian saya pasti mengenai nilai yang terlibat dalam berita terkini dan terpanas itu - RM50 juta. Berita terkini dan terpanas hari ini ialah mengenai Surat Akuan Bersumpah Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda
yang saya baca dalam laman Web Anwar Ibrahim.

Menurut berita tersebut, Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar oleh Dato Najib dalam satu pertemuan di kediaman beliau pada 11 Mac 2008 wang sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memberi sebarang komitmen menerima tawaran tersebut.

Fauzi menyatakan perkara tersebut dalam Surat Akuan Bersumpah yang didedahkannya pagi tadi. Saya tidak ingin membuat komen mengenai Surat Akuan Bersumpah kerana ada implikasi undang-undang jika membuat surat sumpah palsu. Jadi dari sudut undang-undang apa yang dikatakan dalam surat sumpah itu adalah benar dari segi undang-undang, kecuali ada pihak yang mencabar kesahihannya di mahkamah. Memandangkan Najib disebut dalam surat sumpah itu, eloklah beliau cepat-cepat menafikannya dengan mendakwa Fauzi di mahkamah. Jika beliau tidak berani mendakwa Fauzi di mahkamah, orang akan mengandaikan kandungan surat sumpah itu sebagai benar.

Jika Najib rasa keberatan membawa kes Fauzi ini ke mahkamah, beliau boleh memujuk Fauzi untuk membuat satu lagi Surat Akuan Sumpah Kedua yang menafikan kandungan Surat Akuan Bersumpah Pertama seperti yang dilakukan oleh Bala Subramaniam dahulu. Selepas membuat Surat Sumpah Kedua, Fauzi bolehlah disembunyikan di mana-mana sudut dunia yang orang tidak mengenalinya. Jika ini berlaku bermakna sudah ada 2 orang yang hilang di Malaysia - Bala dan Fauzi - di bawah kategori kehilangan orang politik!

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

pembunuhiblis said...

Najib mungkin offer Fauzi sejumlah wang dalam pertemuan di rumah Najib utk tarik ADUN PKR sertai BN. Datuk Zainal Abidin Zin bekas Menteri Pertahanan pun mengaku ada pertemuan itu, tapi dia tak dapat sahkan apa yg dibincang antara Najib dengan Fauzi.

Tapi boleh percaya ke suapan Najib hingga RM50 juta? Tentang Najib yang kaki samun duit negara dan hulur kepada kroni, semua orang tahu. Jika tanya pegawai JUSA di MINDEF dan Treasury banyak cerita kita dapat pasal hobi buruk Najib itu, berlambak!

Tapi siapa boleh percaya Najib nak hulur Fauzi hingga RM50 juta? Siapa Fauzi yang melayakkannya terima sebanyak itu? Paling-paling RM5 juta pun sudah dikira besar untuk orang tua itu. Fauzi ni dah jaja cerita macam ayam telur sebiji riuh sekampung. Najib offer sikit saja, tapi ditambah angka kosong 5,6 kali.

Ada orang bertanya, mengapa Najib tak nafikan dia nak hulur RM50 juta kepada Fauzi? Imej Najib pasti akan pulih jika dia berani muncul di TV dan umumkan, "Saya menafikan nak hulur Fauzi RM50 juta, mana saya ada duit sebayak itu? Sebenarnya RM5 juta sahaja yang saya tawarkan kepada Fauzi, itu saja yang saya mampu!"

Hakikatnya semua orang main kotor. Semuanya antara BN dan PR sama-sama kongkalikong. 2x5, 5x2!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.