Tuesday, February 17, 2009

Uhuk...uhuk....Mat Taib Kata Perbuatan Eli Mengaibkan

Saya tidak tahu hendak sebut apa apabila Tan Sri Muhammad Muhd Taib memberi komen berikut mengenai foto separuh bogel Elizabeth: "Saya fikir Pakatan Rakyat mesti membuat satu keputusan kerana (perbuatan Elizabeth) ini sudah menjejaskan dan mengaibkan (mereka sendiri).", katanya seperti yang dipetik dalam Berita Harian Online.

Saya setuju kesan kepada perbuatan Elizabeth yang tidur tanpa berpakaian lengkap itu mengaibkannya. Tetapi jika Mat Taib belum lupa, ada beberapa lagi perbuatan pemimpin politik Selangor yang sangat mengaibkan:

i) Kisah seorang mantan Menteri Besar Selangor yang melarikan seorang puteri Sultan pada Julai 1987 hingga menimbulkan kemurkaan baginda Sultan. Dan yang paling mengaibkan ialah mantan Menteri Besar itu bernama Muhammad Muhd Taib.

ii) Kisah seorang mantan Menteri Besar Selangor yang membawa wang tunai sebanyak A$1.26 juta dan ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada Disember 1996. Perbuatan mantan Menteri Besar itu memalukan Malaysia dan menyebabakan Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir sangat marah. Dan yang paling mengaibkan ialah mantan Menteri Besar itu bernama Muhammad Muhd Taib.

Betul kata Mat Taib, ia perbuatan yang mengaibkan!!

Oleh: pendikar gunung kriang


1 comment:

kasutlama said...

DIA DAH DAPEK PEMBALASANNYA.
TAK PAYAH KITA NAK CERITA LAGI..

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.