Wednesday, February 25, 2009

Untuk Menjadi Raja Yang Berkecuali Hanya Perlu Ada Hati Nurani ~ Ruj Malaysiakini


Laporan Malaysiakini menyatakan bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik. Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda hari ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.


Kita rakyat marhaen menyokong penuh pendirian berkecuali Sultan Selangor. Seorang Raja yang berdaulat di hati rakyat tidak boleh menampakkan dirinya cenderung atau menyebelahi mana-mana parti politik. Baginda perlu kelihatan adil kepada semua pihak, semua rakyat di bawah naungan baginda. Seorang Raja yang mahu kelihatan bijak di mata rakyat tidak boleh melakukan sesuatu yang menjejaskan kestabilan politik negeri yang dinaunginya. Dan itulah yang baginda Sultan Selangor lakukan - berkecuali, adil dan bijak dalam menangani masalah rakyat.

Untuk memahami asas undang-undang, seseorang Raja tidak perlu ada ijazah undang-undang dari Lincoln Inn. Untuk menjadi seorang Raja yang berkecuali baginda tidak perlu punya pengalaman berpuluh tahun dalam bidang guaman. Untuk menjadi seorang Raja yang bijak baginda tidak perlu hidup dalam timbunan buku undang-undang.

Untuk menjadi seorang Raja yang berkecuali, adil dan bijak, baginda cuma perlu memiliki hati nurani, perlu selalu mendampingi rakyat dan memahami perasaan serta keluh kesah mereka.

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

semutapi said...

Kami masyarakat semut pun ada raja, tau? Raja kami bukan saja tak pernah dengar nama Lincoln Inn, sekolah Tadika pun dia tak pernah pergi. Tapi dia macam Sultan Selangor juga adil kpd rakyat dan berkecuali. Bila jumpa katak yang lompat-lompat dia perintahkan kami semut utk ramai-ramai gigit sampai mati dan tinggal tulang. Katak penderhaka memang patut dihukum!

Daulat Tuanku!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.