Tuesday, March 31, 2009

Ezam: Jangan Undi Calon BN Dan PKR Dari Keturunan India!


Saya terbaca blog Chegubard yang melaporkan cerita mengenai ceramah Ezam Md Noor malam tadi yang diadakan di Sungai Lalang dalam kawasan pilihanraya Bukit Selambau. Kononnya ramai juga yang hadir dalam ceramah Ezam iaitu kira-kira 20 orang petugas UMNO!


Mengikut Chegubard, Ezam seperti kehilangan arah ketika berpidato. Namun apa yang paling menarik apabila Ezam membuat seruan berbaur perkauman, "PKR parti tiada maruah...bagaimana nak ada maruah calon yang diletakkan pun juga hitam....Letak calon India"

Nampaknya Ezam seperti sangat marah dengan orang India. Ezam marah kepada PKR, kerana PKR letak calon India. Seolah-olah Ezam menyeru pengundi jangan undi PKR kerana meletakkan calon India. Kebetulan BN juga meletakkan calon India, jadi maksud Ezam pengundi juga tidak perlu mengundi calon BN yang berketurunan India. Jika mereka hendak mengundi, mereka boleh mengundi calon Melayu kerana terdapat 6 calon Melayu yang bertanding di situ. Itulah barangkali maksud Ezam.

Selepas ini Ezam boleh meneruskan kempennya di tempat-tempat lain sekitar Bukit Selmbau. Ezam boleh meneruskan sintemen anti-Indianya itu dalam ceramah-ceramahnya. Teruslah menyeru orang Melayu supaya jangan menyokong India sama ada mereka merupakan calon PKR, BN atau bebas, tapi sokong lah cuma calon-calon Melayu dari bebas kerana kulit mereka tidak hitam. Semoga dengan seruan Ezam ini akan menjadikan masyarakat India semakin jauh dari MIC dan BN!

Oleh: pendikar gunung kriang

Siapa Yang Pernah Sentuh Altantuya? ~ Malaysiakini

Image Preview


Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang menyentuh isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat Timbalan Perdana Menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Mengikut Malaysikini, sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan, termasuk tidak dibenarkan menyentuh isu Altantuya dalam kempen pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung sekarang.

Saya nak tergelak mengikuti berita itu. Polis kata jangan sentuh isu Altantuya! Jangan sentuh, jngan sentuh Altantuya. Banyaknya senarai yang tak boleh buat, itu tak boleh buat, ini tak boleh buat.

Tapi jangan sentuh Altantuya suatu arahan yang pelik. Siapa yang pernah sentuh Altantuya? Dulu ada yang berkata Razak Baginda pernah sentuh Altantuya, Ada yang kata hasil sentuhan itu sangat menakjubkan hingga anak Altantuya mirip orang Malaysia! Tapi itu cuma kata orang, mungkin fitnah saja oleh mereka yang gatai mulut.

Balasubramaniam pula dalam akuan bersumpahnya dulu berkata Najib pun pernah sentuh Altantuya semasa di Singapura. Bala malah menuduh sentuhan itu bukan sentuhan biasa, bukan sentuhan main-main, tapi sentuhan yang mengghairahkan! Tapi itu pun barangkali fitnah juga. Kerana sememangnya wanita cantik seperti Altantuya pasti ramai lelaki yang ingin menyentuhnya, tak kiralah lelaki bernama Razak, Najib atau malah Bala sendiripun!

Tapi kini Altantuya sudah mati diletupkan C4. Siapa lagi yang hendak menyentuhnya? Yang masih ingin menyentuhnya barangkali mereka yang pernah menyentuhnya di Paris, Singapura atau destinasi lain semasa Altantuya masih hidup.

Oleh: pendikar gunung kriang

Sampai Bila SPRM Cuma Menjadi OKU Dalam Pilihanraya Kecil?

Banyaknya mee segera yang dimasak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai!! Walaupun Datuk Najib kira-kira dua minggu lepas meminta jangan lagi menghidangkan projek mee segera setiap kali muncul pilihanraya namun gesaannya itu tidak dihiraukan oleh saudagar mee segera yang menjadi pengikut-pengikutnya. Semua menteri kini sibuk menjadi 'chef' mee segera dengan membawa pelbagai projek untuk diagih-agihkan kepada pengundi. Ada projek besar yang nilainya berjuta. Ada projek kecil yang nilainya cuma ratusan ribu!
Namun sehingga kini belum dipastikan biaya sebenar kerajaan BN untuk semua projek mee segera di tiga kawasan piliuhanraya itu.

Jika dalam pilihanraya kecil Kuala Terngganu dahulu, satu badan pemantau pilihanraya, National Institute for Electoral Integrity (NIEI) menganggarkan kira-kira RM1 bilion wang rakyat dihulurkan kepada pengundi sebagai rasuah politik menerusi pelbagai janji pilihanraya, tetapi untuk 3 pilihanraya kecil ini jumlah sebenar belum dipastikan. Lagi pun kempen baru bermula, mungkin masih terlalu awal untuk mengira keseluruhan wang rasuah yang dialirkan.

Awas, perasuah (baca: menteri/timbalan menteri) sudah sampai dan bermukim di ketiga-tiga kawasan pilihanraya itu untuk mengagih-agihkan mee segera @ rasuah politik. Yang belum sampai ke ketiga-tiga kawasan pilihanraya itu atau sudah sampai tetapi kakinya lumpuh, matanya buta dan telingannya pekak ialah SPRM. Seperti juga dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, SPRM yang merupakan agensi yang semakin terserlah wajahnya menyerupai OKU itu hanya akan memerhatikan saja segala bentuk rasuah politik itu tanpa mampu berbuat apa-apa.

Awas, perasuah sudah sampai! Awas, mee segera sudah dimasak dalam kuantiti yang besar: bukan lagi dalam satu periuk kecil, tetapi beribu periuk besar. Persoalannya sampai bila SPRM akan bertindak sebagai pemerhati yang tidak berupaya? Sampai bila SPRM akan jadi agensi OKU?

Oleh: pendikar gunung kriang

Zambry Akan Sampaikan Khutbah Jumaat Dalam Bahasa Tamil?


Dua malam lepas, Menteri Besar Kudeta Perak, Dato Zambry yang naik angin kerana terpaksa menjadi pengikut (makmum) kepada Datuk Seri Nizar ketika solat maghrib menjerit di dalam masjid Simpang, Taiping, kepada Nizar:

"Kenapa menggunakan masjid berpolitik. You tidak sepatutnya jadi imam tadi. Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir".

Nah apa lagi AJK masjid dan surau di sekitar Bukit Gantang, tawaran terbaik dari Zambry sudah sampai. Mengapa sampai hari ini masih tiada yang sudi menjemput Zambry menjadi imam dan penafsir Quran dan hadith?

Jom ramai-ramai kita buat jemputan kepada Zambry menjadi imam dan penafsir Quran dan hadith. Jangan kecewakan dia, jangan hampakan dia yang kepingin benar jadi imam dan penafsir itu.

Hari Jumaat ini masjid manakah agaknya yang akan menjemput Zambry membaca khutbah dan seterusnya mengimami solat Jumaat? Mungkin masjid yang paling sesuai dan cocok dengan tampang wajah Zambry ialah Masjid Keling yang terletak di tengah bandar Taiping tersebut. Masjid itu walaupun kecil tapi lengkap dengan penghawa dingin, sesuai dengan imej Zambry yang tidak suka berpanas-panas itu. Beliau bolehlah menyampaikan khutbah dalam Bahasa Tamil, seperti khatib-khatib lain sebelumnya.

Nak dengar kemahiran Zambry berbahasa Tamil, jom kita berjemaah di masjid Keling pada hari Jumaat ini. Itu pun tertakluk kepada syarat pihak pengurusan masjid sudi menjemputnya!

Oleh: pendikar gunung kriang

UMNO Buktikan Tuduhan Kit Siang Bahawa Parti Itu Gila Kuasa Benar Belaka!!


Sudah masuk tiga hari selepas berlalunya pemilihan UMNO. Yang menang masih dibuai mimpi indah mendapat sesuatu ganjaran yang lebih besar di hari muka. Yang tewas masih berharap belas kasihan nakhoda baru untuk terus berkuasa.

Setakat ini cuma ada seorang saja di kalangan kepimpinan UMNO berjawatan Menteri/Timbalan Menteri/Menteri Besar yang tewas menunjukkan kejantanannya dengan berani meletak jawatan: Datuk Shahril Samad. Yang lain: Mat Taib, Azalina, Syed Hamid Albar, Rais Yatim, tiga Timbalan Menteri dan empat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tewas tidak beri apa-apa komen atau beri komen bodoh-bodoh tak cerdik: tunggu dan lihat dulu!



Shahril : spesis jantan terakhir UMNO?

Yang terbaru ialah Syed Hamid Albar yang juga memberi komen bodoh-bodoh tak cerdik: nanti saya pikir dulu selepas Najib menjadi Perdana Menteri.

Jadi menteri yang rambutnya semakin jarang itu masih mengharapkan belas ihsan Najib. Jadi menteri yang selalu cakap besar itu punya hati yang sangat kecil dan nampak masih enggan berundur, kecuali boss barunya nanti mengusirnya baru dia sanggup pergi.

Nampaknya kecuali Shahril, semua Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dari UMNO yang tewas itu dari jenis mereka yang mukanya betul-betul tidak bermaruah, masih mahu pegang jawatan walaupun perwakilan sendiri sudah menolak mereka.

Benarlah kata orang UMNO dipenuhi pemimpin yang gila kuasa. Pemimpin yang gila kuasa ini tidak akan berundur secara sukarela walaupunh sudah tidak dipercayai pengikutnya lagi. Mereka masih berharap belas ihsan bossnya untuk terus memegang kuasa yang ada.

Pada 25 Mac lalu, Lim Kit Siang telah diusir keluar dari Dewan Rakyat kerana memanggil UMNO parti orang 'gila kuasa'. Kini Mat Taib, Rais, Syed Hamid, Azalina dan lain-lain yang tewas itu telah membuktikan tuduhan Kit Siang itu benar belaka, UMNO memang parti yang dipenuhi pemimpin gila kuasa!


Oleh: pendikar gunuing kriang

Apabila Gambar Berbicara Di Bukit Gantang

Calon BN, Ismail Saffian diiringi Dr. Chua Soi Lek
dan 3 pemimpin MCA bertemu pengundi di Pasar Simpang, Taiping - Utusan Malaysia Online

Begitulah pabila gambar berbicara....Lihatlah betapa cerianya wajah mantan Menteri Sex Luar Tabie, Chua Soi Lek dan calon BN, Ismail Sapian ketika mengunjungi sebuah kedai makan di Parlimen Bukit Gantang. Tiga lagi pemimpin MCA yang mengiringi Ismail dan Soi Lek juga tersenyum sampai nak terkoyak telinga.

Yang kontrasnya ialah wajah tiga pengundi yang duduk di meja itu, tidak langsung terpancar senyuman dibibir mereka. Agaknya dalam hati mereka menyumpah dan menyampah dengan kedatangan pengunjung dari "parti kepala busuk" yang tidak diundang itu.

Bayangkan jika yang berada di situ ialah Datuk Seri Nizar, pasti mereka yang duduk akan bangun memberi penghormatan sambil menghulurkn tangan dan senyuman menyenangkan menghiasi bibir mereka.

Monday, March 30, 2009

Amboi....Baiknya Pemimpin BN, Tak Pernah Tuduh Menuduh dan Menyerang!!

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan oleh star online berkata Barisan Nasional (BN) tidak dapat menerima cara pembangkang mengamalkan politik tuduh-menuduh terhadap pemimpin kerajaan semasa berkempen dalam pilihan raya.

"Itu cara pembangkang (tuduh menuduh). Kita memang tak setuju langsung dengan kempen cara itu", kata Abdullah.

Ditanya situasi berkempen yang hanya melihat pembangkang yang menyerang pemimpin kerajaan tetapi pemimpin kerajaan tidak berbuat sedemikian, Abdullah berkata itu bererti bahawa pemimpin kerajaan terdiri daripada orang yang baik.

***********************************************************************************

Komen pendikar gunung kriang:

Amboi....baiknya pemimpin BN, tak mengamalkan politik tuduh menuduh! Amboi...baiknya pemimpin BN, tak pernah menyerang PR!

Baik sungguh depa! Habis yang tiap-tiap hari asal saja ada siaran berita di TV sentiasa menyerang, memfitnah dan membuat cerita karut tentang kerajaan negeri pakatan rakyat dan pemimpin PR itu siapa, ya? Jika pemimpin BN itu tidak mengamalkan politik tuduh menuduh dan serang menyerang, siapa gerangan manusia yang selalu buat pelbagai cerita fitnah tentang PR itu? Adakah yang selalu muncul di TV buat fitnah terhadap PR itu 'hantu raya' jelmaan pemimpin BN keranawajah mereka saling tak tumpah serupa dengan pemimpin BN?

Hari ini pun semua akhbar kecoh dengan berita kononnya Datuk Sri Nizar buat kacau di Masjid Simpang. Tapi media kita hanya kutip cerita dari versi Zambry pemimpin kudeta itu. Mereka tidak siarkan apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan cerita DS Nizar sendiri. Mereka juga tidak ambil berita dari sumber berkecuali iaitu Imam masjid yang bertugas ketika itu.

Berita dari masjid Simpang itu sebenarnya kecil saja - Nizar imamkan solat yang dimakmumkan oleh Zambry, Muhyiddin dan Ismail Sapian. Tetapi Zambry pemimpin BN yang kata Pak Lah tidak suka 'tuduh menuduh' itu telah menyerang Nizar, mula-mula dalam masjid, kemudian isu itu dibawanya pula ke Tokong Nyee Wong Kong untuk fitnahan media.

Jadi, siapa yang suka tuduh menuduh dan menyerang, semua orang tahu, imam masjid dan saksi yang terdiri dari makmum yang hadir di masjid Simpang pun tahu, yang tak tahu cuma orang seperti Pak Lah. Kesian Pak Lah!

Alahai Polis... Sebelah Sini Banyak Yang Tak Boleh, Sebelah Sana Pula Boleh! (Bahagian II)

Di musim pilihanraya keci ini ada satu lagi arahan polis yang menimbulkan tanda tanya. Polis kata permit ceramah hanya dikeluarkan kepada parti yang bertanding saja. Maksudnya jika di Bukit Selambau, permit ceramah hanya dikeluarkan kepada PKR saja, kerana parti itu yang bertanding. Permit kepada PAS dan DAP tidak akan dikeluarkan. Keadaan yang serupa juga berlaku di Batang Ai, PAS dan DAP tidak boleh minta permit ceramah kerana yang bertanding PKR. Di Bukit Gantang pula PKR dan DAP jika mengikut arahan ini tidak akan diluluskan permit berceramah, kerana yang bertanding PAS.

Kebetulan saya ada rakan yang bertugas di unit pengurusan polis Kedah, saya tanya kepadanya adakah arahan ini terpakai untuk PR saja dan tidak terpakai untuk BN? Saya tanya lagi kepadanya adakah ada permohonan dari UMNO untuk berceramah di Bukit Selambau. Dia jawab ada! Bila saya tanya diluluskan atau tidak? Dia kata UMNO boleh diluluskan permit, kerana UMNO anggota BN yang bertanding pilihanraya Bukit Selambau. Tapi saya kata yang bertanding BN, bukannya UMNO, seperti juga yang polis kata kepada PR: yang bertanding PKR, oleh itu PAS dan DAP tak boleh dapat permit. Mengikut alasan yang sama, sepatutnya permit ceramah tidak boleh dikeluarkan kepada UMNO, yang boleh cuma atas nama BN. Saya cuma menggelengkan kepala: untuk orang sebelah sini (PR), banyak yang polis kata tak boleh, untuk sebelah sana (BN), semuanya boleh!!

Kemudian saya tanya lagi kepada rakan saya itu, jika yang bertanding itu BN, mengapa banyak poster UMNO berkibar di Bukit Selambau, UMNO bukannya bertanding? Polis tidak ingin meminta Majlis Perbandaran menurunkan poster UMNOkah? Jawapannya menggelikan hati saya : itu urusn Majlis Perbandaran, lagi pun bukan saja poster UMNO, poster PAS dan DAP pun banyak yang naik di Bukit Selambau. Soalan asal saya tidak terjawab, kerana ia terkena batang hidung UMNO!

Begitulah polis di musim pilihanraya kecil ini. Banyak yang dibuat PR tidak kena, tapi jika BN buat, semuanya kena dan ngam!


Oleh; pendikar gunung kriang

Alahai Polis, Sebelah Sini Banyak Yang Tak Boleh, Tapi Sebelah Sana Pula Boleh! (Bahagian I)

Kempen pilihanraya kecil di tiga kawasan pilihanraya sedang berjalan rancak. Baru masuk dua hari sudah banyak berita menarik timbul. Sama ada ia berita betul atau tak betul, cerita nombor dua. Cerita nombor satu ialah banyak berita timbul dan banyak pula berita yang pelik-pelik.

Salah satu pihak penyumbang berita pelik ini ialah polis. Polis sekarang sibuk bukan main lagi bagi mempastikan 'pilihanraya berjalan dengan aman'. Sebab itu di kawasan pilihanraya, polis bukan saja menguasai darat, tetapi juga udara (dengan helikopternya).

Minggu lepas ada arahan daripada Ketua Polis Kedah yang tidak membenarkan ceramah diadakan di kawasan terbuka. Hendak buat ceramah, cuma boleh buat dalam bangunan saja. Kita tahu sangat mengapa arahan ini dikeluarkan. Mereka tahu PR selalu membuat ceramah di kawasan terbuka. Maklum saja ceramah PR lazimnya menarik kedatangan ramai orang, sekitar 10,000 perkara biasa, jadi sangat sesuai dibuat di kawasan terbuka. Berbeza dengan ceramah BN, kehadiran 600 orang sudah dikira bagus, oleh itu mereka buat dalam bangunan. Lagi pun penyokong BN suka dengar ceramah sambil duduk atas kerusi macam dalam bilik darjah, penyokong PR pula tidak suka ceramah macam budak-budak sekolah, sebab itu mereka lebih suka diadakan di tempat terbuka.

Tetapi sebenarnya tidak ada masalah untuk PR mengadakan ceramah dalam bangunan. Yang jadi masalahnya, jika premis cuma boleh memuatkan 500 orang, mana beribu-ribu orang lagi hendak bertenggek? Bolehkah mereka berkumpul di luar bangunan, atas pokok atau atas bumbung untuk mendengar ceramah? Khuatir pula nanti mereka yang berkumpul diluar bangunan disuraikan pula oleh polis atas alasan 'berkumpul secara haram'.

Memang dalam tempoh berkempen ini sukar berurusan dengan polis. Mereka seringkali mempamerkan diri seperti komponen ke-17 BN (komponen ke-15 ialah SPR, komponen ke-16 ialah SPRM). Jika PR buat banyak yang tak boleh, jika BN buat semuanya boleh!

Oleh: pendikar gunung kriang

Sunday, March 29, 2009

Nizar Juga Yang Terbaik Berbanding Zambry dan Ismail


Banyak sungguh berita mengenai pilihanraya kecil di tiga kawasan itu. Bukan saja cerita, tapi juga disokong dengan gambar. Nak ulas pun agak susah, semuanya berita menarik. Itu tak masuk lagi pengalaman sendiri berada di salah satu lokasi ketika penamaan calon tadi.


Berita yang agak menarik dan terbaru ialah dari Bukit Gantang berdasarkan maklumat dari Sha Reformis. Ia mengenai solat Maghrib di Masjid Simpang. Antara yang hadir untuk solat di masjid itu ialah calon PAS @ Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar. Sewaktu tiba, beliau diminta oleh jemaah supaya mengimamkan solat Maghrib. Yang menariknya ialah antara yang menjadi makmum dalam solat Maghrib berjemaah itu ialah Zambry Menteri Besar Kerajaan Kudeta, Muhyiddin Yasin dan juga calon BN, Ismail Safian.

Mungkin esok kita tengok Ismail, Muhyiddin atau Zambry pula yang jadi Imam. Itulah indahnya Islam, dalam rumah Allah semuanya sama rata, tetapi yang terbaik akan diberi kepercayaaan menjadi ketua.

-pendikar gunung kriang

Seronok Tengok Penyokong Khairy dan Najib 'Bertempur' Di Bukit Gantang


Banyak sekali berita-berita menarik sepanjang hari penamaan calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai hari ini. Ia pasti menjadi corat coret pilihanraya yang akan dibincangkan selama beberapa ketika sebelum ada pemecah berita baru yang lebih menarik.


Pusingan pertama pilihanraya menampakkan PR sudah menewaskan BN 1-0. Di pusat penamaan calon Bukit Selambau, penyokong PR seramai kira-kira 10,000 menenggelamkan kehadiran 4,000 orang penyokong BN. Di Bukit Gantang pula 3,000 penyokong BN ditenggelamkan oleh 15,000 penyokong PR.


Yang paling menarik dalam tiga pilihanraya ini ialah penyertaan calon. 20 calon bertanding untuk 3 kerusi adalah satu rekod yang memecahkan Guiness Record of Malaysia. Yang paling ramai ialah 15 calon yang bertanding di Bukit Selambau. Mengapa ramai yang berminat dengan kerusi ini tiada siapa yang tahu. Tak kan pula tawaran untuk menjadi EXCO Kedah menarik penyertaan seramai itu.


Dalam mana-mana pilihanraya tidak pernah berlaku penyokong-penyokong dalam satu parti yang sama bergasak sesama sendiri. Tapi hal itu terjadi di Bukit Gantang, apabila penyokong-penyokong-penyokong Khairy dan Najib 'bertempur' kira-kira pada jam 10.45 pagi.
Suasana agak tegang apabila mereka bergaduh sesama sendiri sehingga memaksa pihak polis terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.Nampaknya bahang perebutan dalam jawatan tertinggi UMNO yang berakhir kelmarin masih terbawa-bawa ke Bukit Gantang.


Oleh: pendikar gunung kriang

Kertas Undi Terbesar Bakal Memecah Rekod Malaysia Di Bukit Selambau Hari Ini!


Kertas undi terbesar untuk satu pilihanraya kecil! Itulah yang mungkin bakal dicipta oleh sejarah hari ini di kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau jika ia benar-benar ditandingi 15 orang calon. Jika 15 calon bertanding bermakna SPR perlu mencetak kertas undi yang lebih besar daripada biasa - mungkin sebesar kertas A4 - untuk memuatkan lambang semua calon. Mengikut sejarah pilihan raya negara, calon paling banyak yang pernah bertanding bagi sesebuah kawasan baik bagi kerusi Parlimen atau negeri belum pernah melebihi lapan orang.

Jika 15 calon bertanding, kertas undi terbesar dalam sejarah itu boleh dimasukkan dalam rekod Guiness of Malaysia. Namun kepada penyokong Pakatan Rakyat mereka tidak mengharapkan sangat catatan dalam rekod Guiness of Malaysia mengenai kertas undi terbesar itu. Apa yang mereka harapkan cuma mendapat majoriti yang lebih besar dari pilihanraya lalu dan mencipta rekod sekali lagi memalukan BN dalam kubunya sendiri!

Oleh: pendikar gunung kriang

Selamat Berjuang Demi Maruah Rakyat!!

Pertempuran merebut keyakinan rakyat bermula hari ini di tiga pilihanraya kecil yang berjalan serentak. Siapa pemenangnya bakal ditentukan bukan oleh pemerhati politik, tetapi rakyat kawasan yang terbabit itu sendiri. Mungkin majoriti pengundi sudah menetapkan pilihan mereka sejak awal-awal lagi. Kempen pilihanraya cuma pelengkap kepada keyakinan rakyat.

Kempen yang dijangka paling sengit pastilah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Namun di Bukit Selambau PKR sudah mendapat kemenangan moral pertama apabila seorang peniaga yang sudah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas menarik diri sehari sebelum hari penamaan calon dan menyatakan sokongan terbuka kepada PKR.

Mohd Reduan Md Isa, 52, berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lalu, tetapi kemudiannya menukar fikiran selepas berbincang dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

"Masa saya umumkan bertanding misi saya ialah untuk membela rakyat dan menerusi perbincangan dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini, saya dapati misi kami sama iaitu untuk membawa perubahan dan oleh kerana itu saya tidak bertanding untuk memberi sokongan pada calon KeADILan," katanya kepada pemberita di bilik gerakan KeADILan di sini, hari ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Merbok itu, berkata beliau akan memberikan sokongan kepada calon KeADILan, S Manikumar yang akan bertanding.

Kepada semua pejuang yang menjadi penyampai suara hati nurani rakyat, saya ucapkan selamat berjuang. Walaupun saya cuma blogger kerdil, ia tidak menghalang saya bersama anda. Meskipun cara mungkin berbeda, tetapi misi tetap sama - demi perjuangan dan maruah rakyat yang mendambakan keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan! Destinasi terdekat saya kali ini ialah Bukit Selambau!

- pendikar gunung kriang

Perang Sebenar Baru Bermula, Najib Sudah Surrender ~ Malaysiakini


Hari ini bermulalah perang sebenar di dua bukit (Bukit Gantang dan Bukit Selambau) dan satu batang (Batang Ai). Sejak beberapa hari lepas sudah ramai yang berkumpul di ketiga-tiga lokasi itu, kerana hari ini adalah hari penamaan calon.

Saya agak tertarik dengan komen bakal Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peluang BN di tiga kawasan pilihanraya kecil ini. Nampaknya komen beliau kali ini menampakkan seperti tiada keyakinan BN akan menang.

Seperti laporan yang dipetik oleh Malaysiakini, Najib menolak tanggapan bahawa keputusan pilihanraya kecil di tiga kawasan ini merupakan referundum rakyat terhadap kepimpinnya.

"Tidak, media yang kata (pilihanraya kecil) itu referundum. Pilihanraya kecil bukanlah kayu ukur yang baik," katanya.

Perang sebenar baru bermula, Najib seperti sudah nampak bayang-bayang kekalahan. Atau beliau tidak ingin bercakap besar lagi seperti sebelumnya kerana takut kalah dan rebah?

Oleh: pendikar gunung kriang

Saturday, March 28, 2009

Perang Pilihanraya Belum Bermula, Najib Sudah Surrender

Esok bermulalah perang di dua bukit (Bukit Gantang dan Bukit Selambau) dan satu batang (Batang Ai). Hari ini sudah ramai yang berkumpul di ketiga-tiga lokasi itu, kerana esok adalah hari penamaan calon.

Saya agak tertarik dengan komen bakal Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peluang BN di tiga kawasan pilihanraya kecil ini. Nampaknya komen beliau kali ini menampakkan seperti tiada keyakinan BN akan menang.

Seperti laporan yang dipetik oleh Malaysiakini, Najib menolak tanggapan bahawa keputusan pilihanraya kecil di tiga kawasan ini merupakan referundum rakyat terhadap kepimpinnya.

"Tidak, media yang kata (pilihanraya kecil) itu referundum. Pilihanraya kecil bukanlah kayu ukur yang baik," katanya.

Perang belum bermula, Najib seperti sudah nampak bayang-bayang kekalahan. Atau beliau tidak ingin bercakap besar lagi seperti sebelumnya kerana takut kalah dan rebah?

Oleh: pendikar gunung kriang

Kenyataan SUK Perak Mengenai Kenderaan Rasmi Nizar Meragukan!

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim seperti yang dipetik oleh Star Online berkata keengganan Menteri Besar (MB) Perak yang dipilih rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kereta rasminya sehingga kes saman beliau terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selesai diputuskan oleh mahkamah adalah satu tindakan yang salah. Beliau berkata Mohammad Nizar mesti menyerahkan kenderaan rasmi itu terlebih dahulu dan menunggu keputusan kes mahkamah selesai.

"Jika keputusan memihak kepada beliau, barulah beliau berhak ke atas kenderaan itu. Pada kelazimannya, beliau juga berhak mendapat ganti rugi yang setimpal," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Jadi Nizar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri itu hingga kesnya diputuskan oleh mahkamah? Setahu kita, kes yang menjadi pertikaian ini melibatkan dua pihak - Nizar selaku MB yang dipilih rakyat dan Zambry selaku MB yang dipilih Najib. Memandangkan ia kes yang membabitkan dua pihak mengapa satu pihak sahaja yang perlu mengembalikan kenderaannya? Bagaimana dengan kenderaan Kerajaan Negeri yang digunakan oleh Zambry sekarang? Dan bagaimana pula dengan kenderaan rasmi yang digunakan oleh EXCO di bawah Kerajaan Negeri yang dipilih Najib?

Mengikut prinsip yang diguna pakai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Nizar perlu menyerahkan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri hingga kes mahkamah selesai. Berdasarkan prinsip yang sama sepatutnya Zambry dan EXCOnya juga perlu mengembalikan kenderaan rasmi masing-masing hingga kes mereka selesai. Jika prinsip ini dilayani secara saksama kepada semua pihak yang terbabit, barulah ia nampak adil untuk semua pihak!

Oleh: pendikar gunung kriang

Mahathir Kembali Jadi Ahli UMNO: Terima Kasih Tun Mempercepatkan Pereputan UMNO!!



Kabarnya mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammed yang menghadiri sidang agung UMNO sebentar tadi mengumumkan akan kembali menjadi ahli UMNO semula. Pasti berita itu disambut baik oleh ahli UMNO yang mengharapkan kembalinya Dr Mahathir akan memperkuatkan kembali parti yang tertua di Malaysia itu.


Berita kembalinya Dr Mahathir itu juga pasti disambut dengan rasa teramat gembira oleh penyokong PR. Bagaimana tak gembira, UMNO yang bakal dipimpin oleh seorang manusia yang dipenuhi pelbagai skandal, diperkuatkan oleh Ketua Pemuda yang kini digelar 'ketua perasuah', diperindah pula oleh Ketua Wanita yang bukan pilihan rakyat mana-mana kawasan dan kini Dr Mahathir yang banyak menyimpan sejarah hitam sepanjang pemerintahannya dahulu mungkin akan menjadi penasihat parti itu, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Dengan itu, UMNO dengan wajah barunya selepas perhimpunan agung ini akan memperlihatkan wajahnya yang jauh lebih comot dan buruk dari dahulu!!

Justru jika Dr Mahathir kembali dalam UMNO dipercayai ia mempercepatkan proses pereputan parti yang sedang menuju zaman-zaman akhirnya itu. Para pendokong PR pasti bersorak dengan kembalinya Dr Mahathir ke dalam UMNO, UMNO yang buruk akan kelihatan semakin buruk selepas ini. Sebelum terlambat tentu ada yang ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir: Terima kasih Tun kerana mempercepatkan majlis mentalqinkan UMNO!

Oleh: pendikar gunung kriang

Gesaan PR Diharamkan Cuma Layak Dibincangkan Di Kedai Kopi!



Seorang perwakilan UMNO yang mungkin 'pendek akal' menyatakan Pakatan Rakyat (PR) sebuah pertubuhan haram sambil menegaskan, tiada mana-mana pihak termasuk media wajar menggunakan nama tersebut.

"Tiada pendaftaran secara rasmi ... tetapi semua pihak, media, promosikan pertubuhan haram ini. Pertubuhan Pakatan Rakyat ini adalah haram, mengapa dilayan" kata Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nayan ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden hari ini.

Mungkin Nor Saidi ketika berucap terlupa PR sendiri tidak pernah mengaku ia merupakan satu pertubuhan politik seperti BN. Sebab itulah dalam pilihanraya masing-masing parti bertanding atas nama parti masing-masing, bukan atas nama PR. Sebab itulah PR tidak mempunyai satu bendera rasmi seperti BN. PR hanyalah satu pakatan dan bukannya satu gabungan politik seperti BN. Pakatan politik sebegini bukan perkara baru, ia pernah wujud di seluruh dunia untuk menghadapi satu parti yang lebih besar. Ia pernah wujud di Pakistan, India dan Indonesia bagi menghadapi parti pemerintah yang mempunyai jentera yang lebih kukuh. Jadi apa yang hendak diharamkan jika ia cuma sekadar satu pakatan longgar?

Dan suatu lagi yng peliknya ialah mengapa ketika PR yang dulunya dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA), tidak pernah pula mana-mana pihak dalam UMNO mempertikaikan nama itu, tidak pernah mana-mana pihak dalam UMNO mengesyorkan BA diharamkan? Mengapa? Jawapannya amat mudah: ketika itu BA tidak begitu menjadi ancaman kepada BN yang sangat gah dengan kekuatan luar biasanya.

Apabila ada gesaan meminta nama PR diharamkan, ia amat melucukan. Gesaan ini sebenarnya cuma layak dibincangkan di dalam kedai kopi di kampung nelayan terpencil Langkawi dan bukannya di bangunan PWTC yang tersergam indah itu!

Oleh: pendikar gunung kriang

Friday, March 27, 2009

Akhirnya Mahathir Mengakui UMNO Pakar Menipu Undi


mahathir and rais yatim pc 190309 01



khairy jamaluddin





Akhirnya Dr Mahathir memberi komen tentang pemilihan UMNO dalam blognya hari ini. Saya tidak tertarik komennya mengenai Khairy yang digelarnya "perasuah", seperti katanya, "Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah". Saya juga tidak hairan apabila Pak Lah diserangnya lagi. Serangan-serangan itu telah diduga dan kerana itu ia tidak menghairankan.

Cuma yang menarik perhatian saya apabila Dr Mahathir menulis beliau hairan kenapa lebih enam jam diperlukan untuk mengira hanya 790 undi Pemuda.

"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri (menjadi Ketua Pemuda). Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai,"
kata beliau.

Memang kita boleh membuat pelbagai spekulasi mengenai kemenangan Khairy, termasuk menipu undi. Memang sesiapa pun berhak meragui kemenangan menantu Pak Lah itu. Tetapi meragui keputusan pemilihan UMNO bukan perkara asing dalam politik parti tertua itu. Malah semasa Mahathir menang pemilihan Presiden UMNO tahun 1987 dengan 43 undi pun ramai yang mempertikaikannya. Ramai yang berkata yang patut menang ialah Ku Li. Tetapi akhirnya Dr Mahathir menang selepas beberapa insiden pelik di pusat pengiraan undi termasuk lampu dewan tiba-tiba terpadam...

Jika Dr Mahathir mengandaikan Khairy menang kerana ada penipuan pengiraan undi, ia tidak menghairankan rakyat di luar PWTC yang telah menjangka UMNO memang 'pakar' dalam hal-hal berkaitan penipuan undi.Sebab itulah BN selalu menang dalam pilihanraya walaupun 'mood' ketika itu kurang memihak kepadanya.

Oleh: pendikar gunung kriang

Beranikah Pemimpin UMNO Memulihkan Imej Gelap Mereka?

Timbalan Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tugas utama yang akan beliau lakukan susulan kemenangan semalam adalah memulihkan semula imej parti. Beliau berkata, transformasi dalam UMNO yang disuarakan oleh ahli akar umbi perlu dilakukan di peringkat dalaman parti.

"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab yang cukup berat untuk kita merapatkan semula perpaduan dalam Umno.

"Imej Umno juga harus dipulihkan dengan segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno," katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi jawatan tersebut malam tadi. Muhyiddin mendapat 1,575 undi.

(Petikan: Star Online)

?????????????????????????????????????******************?????????????????????????????

Komen pendikar gunung kriang:

Nak pulihkan imej UMNO? Senang saja nak pulihkan imej UMNO. Mula-mula UMNO kena fikir apa persepsi masyarakat terbanyak terhadap UMNO. Jika UMNO tidak faham apa persepsi masyarakat terhadapnya, inilah persepsi masyarakat: masyarakat menganggap UMNO parti yang dipenuhi manusia korup yang sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa.

Justru UMNO perlu membersihkan dirinya dari terus dibelenggu persepsi itu. Jika Najib yang bakal jadi Perdana Menteri itu jujur dan berani, dengan kuasa yang ada padanya beliau boleh meminta SPRM menyiasat ratusan kes rasuah yang berada di tangan SPRM yang membabitkan pemimpin UMNO. Jika Najib sendiri yang terlibat dalam rasuah, beliau juga perlu merelakan dirinya sendiri disiasat, jangan pula seperti kes-kes sebelum ini, asalkan melibatkan pemimpin besar UMNO, simpan kes dalam laci. Jika SPRM diberi kuasa melakukan siasatan secara telus pasti imej UMNO yang gelap dan hitam itu dapat dipulihkan beransur-ansur.

Tapi adakah pemimpin UMNO yang dilihat gila kuasa itu berani mengorbankan dirinya untuk negara, agama dan bangsa? Beranikah pemimpin UMNO berbuat demikian? Pasti ramai yang hanya tersengih kerana satu lagi tanggapan masyarakat ialah pemimpin UMNO bukan jenis mereka yang berani berubah, kerana kuasa dan wang adalah segalanya!!

Jom Kita Teka Apa Mimpi Barisan Depan Najib Ini?

KHUSYUK SUNGGUH PERWAKILAN UMNO MENDENGAR AMANAT PEMIMPIN MEREKA, SAMPAI TERPEJAM MATA!!...

Jom kita teka apa mimpi mereka agaknya. Tentu bagi yang jawatan tinggi sikit agaknya bermimpi dapat tender berjuta selepas pemimpin yang disokong memenangi jawatan? Bagi yang jawatan biasa-biasa saja mungkin bermimpi dapat tukar set sofa rumah, tukar assesori kereta atau pasang bini baru (bagi lelaki) atau beli barang kemas baru (bagi wanita) hasil wang yang dikumpul dari ganjaran (baca: rasuah) yang diterima sepanjang sidang?

-pendikar gunung kriang

Thursday, March 26, 2009

Apa Komen Dr Mahathir Mengenai Ketewasan Anaknya?

Ketika ini dikatakan pengundian untuk pemilihan kepimpinan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO telah selesai. Keputusan akan diumumkan malam ini. Saya tidak sedikit pun tertarik dengan keputusan yang bakal diumumkan malam nanti itu. Siapa pun yang menang, ia cuma penting untuk pemimpin UMNO saja. Siapa jua yang menang, siapa pun petualang yang menang, mengikut tradisinya poketnya akan semakin kembung. Yang susah dan tersiksa dilapah bagai lembu, kita inilah juga, rakyat marhaen.

Justru saya tidak sedikit pun rasa teruja hendak tahu siapa yang menang dalam pemilihan jawatan-jawatan utama dalam UMNO yang bakal diumumkan itu. Bagaimanapun, saya agak tertunggu-tunggu juga hendak dengar komen Tun Dr Mahathir yang biasanya power dan pedas itu. Tapi sudah 17 jam lepas kemenangan Khairy dan ketewasan Mukhriz, saya belum dengar komen Dr Mahathir mengenainya. Dia tidak teringin komen tentang ketewasan teruk anaknya itu ke? Kadang-kadang khuatir juga dalam diam-diam orang tua itu kena serangan jantung kerana terkejut anaknya yang dijangka menang mudah itu tewas. Maklumlah harapan anak lelakinya itu menyambung perjuangannya hancur lebur bagai debu. Namun jika negarawan itu masih sihat walafiat pasti lepas ini komen berbisanya akan meletup. Jadi tunggu sajalah.

Atau Dr Mahathir sedang menunggu keputusan penuh pemilihan Majlis Tertinggi, Naib Presiden dan Timbalan Presiden sebelum memberi komen? Mungkin juga! Jadi kita tunggu esok saja mendengar komennya yang mungkin penuh sindiran pedas!

Oleh: pendikar gunung kriang

Tahniah Petualang Yang Menang: Selamat Menghisap Darah Rakyat!!


Malam tadi saya tidur awal. Biasanya saya tidur selepas jam 12.00 malam, tapi malam tadi belum pun masuk jam 11.30 sudah cari bantal. Lebih baik tidur dari menonton TV yang banyak hidangkan cerita sidang UMNO itu. Berita terkini dalam media internet pun cerita itu juga - siapa menang, siapa kalah. Ketika saya masuk tidur, keputusan siapa menang Wanita dan Puteri sudah diketahui. Keputusan siapa menang Pemuda pula ketika itu belum diketahui. Saya tidak ingin tunggu keputusan penuh, kerana siapa menang pun ia tidak penting untuk saya.

Bagi saya siapa menang pun, saya tidak kisah, siapa kalah pun ia tidak penting. Saya bukan ahli UMNO. Saya bukan seperti aruah bapa dan datuk saya yang hanya kenal simbol kapal layar dan dacing. Saya juga bukan seperti adik perempuan saya yang masuk UMNO untuk sesekali dapat hadiah-hadiah kecil, ikut bas rombongan lawat sana lawat sini dan menjadi penyambut tetamu bila ada pembesar UMNO rasmi itu rasmi ini (tapi bila pilihanraya tak pangkah dacing!).

Bagi saya siapa pun menang dalam UMNO itu lantak depalah. Bagi saya siapa pun menang dia tetap berasal dari lubuk puaka yang sama - lubuk puaka yang telah menelan entah berapa juta mangsa sejak lebih setengah abad lalu.

Namun apabila bangun pagi ini dan mendengar siaran TV tentang siapa pemenang Ketua Wanita, Puteri dan Pemuda, barulah saya tahu..oh...rupanya si-polan si-polan itu yang menang ya? Tapi saya tidak tidak rasa apa-apa walaupun si-polan itu si-polan ini yang menang, kerana saya tidak peduli siapa menang! Yang hairannya si-pengacara TV yang mengulas tajuk-tajuk utama akhbar itu sibuk mengulangi beberapa kali tentang 'keputusan yang mengejutkan'. Saya pun hairan mengapa Shahrizad dan Khairy menang dikatakan keputusan 'yang mengejutkan'. Apakah anda fikir ahli lubuk puaka akan memilih wali Allah untuk menjadi ketuanya? Mereka, penghuni lubuk puaka itu pasti memilih yang paling buruk di kalangan yang terburuk!

Khairy memang layak menang, kerana bukankah dia yang terburuk antara mereka bertiga kerana telah disabitkan dengan kesalahan rasuah politik wang? Begitu juga Shahrizad yang tidak mendapat sokongan rakyat di kawasannya sendiri
(Parlimen Lembah Pantai), bukankah ia lebih teruk dari Rafidah yang sekurang-kurangnya menang di Parlimen Kuala Kangsar? Itu tak masuk lagi kisah-kisah peribadi dua tokoh polong dari lubuk puaka itu, jika semuanya dikumpulkan, memang pilihan perwakilan Pemuda dan Wanita itu sungguh tepat. Perwakilan Pemuda dan Wanita UMNO telah membuat pilihan yang tepat - memilih yang paling buruk antara yang terburuk!

Walau pun tidak teruja untuk tahu siapa menang, tapi kerana keputusan sudah pun diketahui, dan sebagai menghormati adat Melayu yang bersopan santun ini, inginlah juga saya ucapkan tahniah kepada tiga polong (atau istilah Hishammuddin digelar petualang) yang menang malam tadi dengan ucapan 'selamat menghisap darah rakyat'!

Dan hari ini kerusi Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan ditentukan perwakilan. Bagi saya, saya tidak minat mengikuti siaran terkini keputusan pemilihan itu, kerana siapa pun yang menang, ia tidak penting untuk saya. Saya tidak beriya-iya ingin tahu siapa pun menang dan saya juga tidak akan terkejut walau polong mana dan petualang mana pun yang menang.

Tapi satu saja pesanan saya kepada mereka yang begitu ghairah hendak tahu keputusan pemilihan hari ini - jangan terkejut, jika polong-polong lubuk puaka itu sekali lagi akan membuat pilihan yang paling tepat untuk mereka: memilih polong yang paling buruk antara polong yang terburuk! Ishhh...jangan terkejut nooo....jika Mat Taib menang!!

Oleh: pendikar gunung kriang


Wednesday, March 25, 2009

Aku Tak Kisah Pun Petualang Mana Menang!!

Aku tak kisah siapapun menang
aku tak ingin tahu siapapun menang
biar mereka main kejar-kejar sesama mereka
kerana siapapun menang dia tetap petualang
lalu mengapa aku perlu peduli siapa menang?

Ini pertarungan polong dan puaka
siapa pun menang taring mereka pasti hisap darah kita
siapa pun menang kakinya tetap memijak kepala kita
siapa pun menang tidak menjanjikan apa-apa untuk anak-anak kita
mereka hanya ingin ubah nasib anak menantu mereka
mereka hanya ingin ubah nasib kroni-kroni mereka
kerana mereka selalu diyakinkan ini negara mak bapa mereka
jadi mengapa aku perlu tahu siapa menang
siapa pun menang tidak penting untuk anak-anak aku
siapa pun menang tidak penting untuk rakyat negaraku
siapa pun menang tidak penting untuk agama dan bangsaku.

Aku tak kisah siapa menang
siapa pun menang suatu hari dia pasti tenggelam
hanyut bersama kapal yang hampir karam
kapal tua setengah abad berjenama UMNO yang reput dan gayut
lalu mengapa aku perlu peduli siapa menang?

Aku tidak kisah pun siapa menang
siapa menang pun tiada jaminan C4 tiada diletupkan
kerana siapa pun menang seorang Najib tetap Rajanya
kerana siapa pun menang suara rakyat tetap dinafikan haknya
kerana siapa pun menang dia adalah petualang
lalu aku tidak ingin tahu petualang mana menang
petualang mana pun menang tidak penting untuk siapa-siapa.

Aku tidak ingin tahu petualang mana menang
kerana aku hanya ingin tahu mereka kalah
kerana aku hanya ingin tahu:
bila keris berkarat itu disemadikan selamanya!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Mengapa Hishammuddin Kata 'Gila Kuasa' UMNO Tak Marah?


Ketika menonton siaran berita TV3 jam 1.30 tengahari tadi saya tertarik dengan dua segmen berita yang membabitkan dua tokoh yang menggunakan perkataan yang sama, tetapi menimbulkan dua respons yang berbeza.


umno agm 250309 hishammuddin wield keris 02











Mula-mula TV3 menyiarkan berita amukan Hishammuddin Tun Hussein dalam Perhimpunan Agung Pemuda. Dengan suara yang cuba dilantangkan beliau mengulangi beberapa kali perkataan 'petualang' yang ditujukan kepada seorang tokoh pembangkang yang katanya merencanakan projek 16 September. Beliau seterusnya dengan suara jantan yang dibuat-buat memanggil tokoh pembangkang itu sebagai seorang pemimpin yang 'gila kuasa' sambil diikuti tepukan bergemuruh perwakilan Pemuda.

Kemudian TV3 menyoroti sidang Dewan Rakyat pula. Lalu disiarkan berita Lim Kit Siang diusir keluar dari menghadiri sidang Dewan gara-gara memanggil UMNO parti 'gila kuasa'. Pada mulanya saya tertunggu-tunggu sama ada anggota Dewan Rakyat dari kalangan UMNO akan memberikan tepukan gemuruh kepada Lim Kit Siang, kerana baru sebentar tadi disiarkan Pemuda UMNO memberi tepukan kepada Hisammudin yang menggunakan perkataan yang sama (gila kuasa). Namun yang berlaku sebaliknya. Tiba-tiba ramai kalangan anggota Dewan dari UMNO bangun berdiri membantah perkataan 'gila kuasa'. Malah ada yang menjerit kepada Lim sambil memanggilnya 'anjing' dan 'bastard'.

Ketika itu saya tertanya-tanya mengapa ketika Hishammuddin memanggil seorang tokoh pembangkang 'gila kuasa' Pemuda UMNO bertepuk tangan sebagai tanda sokongan, tetapi apabila parti itu pula dilemparkan dengan tuduhan yang sama oleh Lim Kit Siang, anggota UMNO menjadi marah. Mengapa satu perkataan yang sama menerima respons yang berbeza apabila berada dalam dua forum yang berbeza? Kemudian barulah saya ingat rupanya itulah wajah sebenar UMNO : dia buat kepada orang lain tidak mengapa, tapi apabila orang lain melakukan perkara yang sama kepadanya tidak boleh!

Oleh: pendikar gunung kriang

Malaysia Tanah Airku....Hidup Seperti Di Negara Komunis!!!



Kelmarin Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Hari ini tindakan membina 'jeriji besi' bagi menutup kebebasan melapor berita diteruskan ke tahap kedua apabila UMNO mengumumkan beberapa media internet tidak dibenarkan membuat liputan berita mengenai Perhimpunan Agung ke 59 parti itu yang bermula hari ini.

Sekurang-kurangnya enam media internet iaitu Malaysiakini, The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah, Merdeka Review dan Laksou tidak mendapat kelulusan akreditasi media daripada ibu pejabat UMNO. Tidak ada alasan pula diberikan mengapa media internet tersebut tidak dibenarkan membuat laporan. Mungkin kerana media internet ini terlalu telus dan kerana itu ia perlu dianggap musuh oleh UMNO yang gemar menyembunyikan fakta itu?

Namun tidak semua media internet tidak dibenarkan membuat liputan berita perhimpunan agung UMNO. Agenda Daily yang sering memaparkan berita memuji UMNO yang lebih kurang sama dengan Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times diberikan pas media untuk menghadiri perhimpunan itu.

Membaca berita penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan serta perintah tidak memberi kebenaran kepada enam media internet membuat liputan perhimpunan agung UMNO mengingatkan kita kepada era kegemilangan komunisme dahulu. Di negara blok komunis, termasuk dua kuasa besar ketika itu - Soviet Union dan Republik Rakyat China - tiada langsung kebebasan media. Yang ada ketika itu cuma akhbar-akhbar yang hanya memaparkan berita mengenai pemerintah yang bersumberkan agensi berita utama - Pravda di Soviet Union dan People Daily News di Republik Rakyat Cina. Ketika itu teknologi komunikasi belum secanggih kini, jika tidak, mungkin media internet juga tidak dibenarkan membuat liputan berita di negara-negara itu.

Kini komunisme telah runtuh. Negara-negara di bawah paksi Soviet yang dulu berbangga dengan ideologi komunis kini telah menerima demokrasi sepenuhnya. Di China, walaupun masih diperintah oleh Parti Komunis, tetapi kebebasan memberi pendapat sudah dibuka luas. Akhbar-akhbar yang dulunya hanya bersumberkan berita dari Pravda dan People Daily News, kini dibenarkan memaparkan berita, termasuk mengkritik kerajaan.

Namun Malaysia kelihatan sebaliknya. Ketika negara blok komunis membuka "jeriji besi" dan membenarkan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar, kita mundur beberapa tapak ke belakang. Memang dasar kapitalisme yang diamalkan Malaysia kini berbeza sama sekali dengan komunisme era Soviet dan China, namun cara kita mengawal media tidak ubah seperti zaman kegemilangan komunis dahulu!

Semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri dahulu, beliau telah merintis jalan mengadakan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China yang komunis itu. Kini anak lelaki allahyarham seperti mempunyai minat yang mendalam dengan ciri-ciri pemerintahan komunis yang anti-kebebasan media melapor berita!

Oleh: pendikar gunung kriang

Tuesday, March 24, 2009

Mampukah Najib Siasat Najib Selepas Jadi Perdana Menteri? ~ Malaysiakini


Datuk Seri Najib Tun Razak disebut oleh Malaysiakini sebagai berkata bahawa pihaknya bakal menawarkan reformasi termasuk membanteras rasuah melalui rombakan kabinetnya yang akan diumumkan selepas pilihanraya kecil 7 April ini.


Yang sangat menarik perhatian kita tentulah kenyataan Najib untuk membanteras rasuah. Ya, membanteras rasuah! Tiada siapa suka rasuah, kecuali penerima dan penghulur rasuah. Malah jika ditanya penyamun dan perogol bersiri pun mereka akan membenci rasuah! Rasuah telah menyebabkan sumber kekayaan negara susut, telah menyebabkan kerja senang jadi susah, telah menyebabkan nama Malaysia tidak harum di luar negara.

Jika Najib jadi Perdana Menteri nanti, mungkin beberapa tindakan akan beliau ambil bagi membanteras rasuah. Antara tindakan beliau yang dapat dibayangkan bagi membanteras rasuah ialah:

i) Meminta SPRM menyiasat pemberian rasuah berupa komisyen RM530 juta bagi pembelian dua kapal selam Scorpene yng melibatkan seorang tokoh bernama Datuk Seri Najib Razak.

ii) Meminta SPRM menyiasat pemberian rasuah berupa komisyen RM410 juta bagi pembelian jet-jet pejuang Sukhoi yang melibatkan seorang tokoh bernama Datuk Seri Najib Tun Razak .

iii) Meminta SPRM menyiasat pemberian sogokan bernilai RM50 juta oleh seorang tokoh bernama Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan ADUN PKR seperti yang dilaporkan oleh Ketua PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda.

iv) Meminta SPRM menyiasat kaitan pembunuhan Altantuya dengan pembelian kapal selam dan jet pejuang yang melibatkan seorang tokoh bernama Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan oleh wartawan Perancis, Arnaub Darbus dari akhbar Liberation.

Selepas menjadi Perdana Menteri, Najib boleh utamakan empat kes ini dahulu untuk disiasat oleh SPRM, sebab ini antara kes berprofil tinggi yang turut melibatkan tokoh politik negara yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak itu. Selepas 4 kes ini disiasat sepenuhnya oleh SPRM, Perdana Menteri Najib bolehlah meminta SPRM menyusuli dengan siasatan-siasatan kes-kes rasuah lain yang melibatkan tokoh politik bernama Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kabinet dan tokoh-tokoh kanan BN lain yang ratusan laporan rasuah mengenainya pernah diajukan kepada SPRM.

Jika siasatan SPRM menunjukkan tokoh bernama Datuk Seri Najib Tun Razak turut terlibat dengan rasuah dan penyalah gunaan kuasa, Perdana Menteri Najib wajar jangan campur tangan hasil siasatan SPRM. Selaku Perdana Menteri, Najib wajar membuktikan ketelusannya dengan membiarkan sesiapa saja yang bersalah dihukum, termasuk orang yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak itu!

Oleh: pendikar gunung kriang


Adnan Yaakob Perlu Buat Pembedahan Kembiri?

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman hari ini terpaksa menangguhkan hasratnya untuk melafazkan sumpah mubahalah di Masjid Negara kerana Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak hadir.

Ahmad Tajuddin yang hadir di masjid berkenaan bersama Bendahari UMNO Bahagian Maran, Datuk Sulaiman Taib kira-kira pukul 10 pagi, menunggu selama setengah jam sebelum membuat keputusan untuk membatalkan hasratnya. Beliau yang ditemui pemberita bagaimanapun berkata, pihaknya akan tetap meneruskan hasrat untuk melafazkan sumpah tersebut dan meminta Adnan menetapkan masa dan tempat sesuai.

Ahmad Tajuddin sebelum ini mendakwa Adnan menjadi 'dalang' di sebalik amalan mencabar etika parti yang berlaku pada Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Paya Besar tahun lalu. Ahmad Tajuddin membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada nasib empat wakil rakyat daripada bahagian itu yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti kerana melanggar Tataetika Ahli UMNO.

(Sumber: Pahang Daily Online)

****************************************************

Komen pendikar gunung kriang:

Adnan yang selalu cakap berdegar-degar dan bergaya macam ketua samseng itu rupanya bukan jantan sejati, ya? Lawak, lawak, rupanya dia cuma berani bila dikelilingi polis aje, bila di dalam rumah Allah tanpa dilindungi polis, kecut sekecut-kecutnya!

Alahai Adnan, kita tunggu beberapa hari lagi untuk dia menyahut cabaran Tajuddin dan muncul untuk bersumpah mubahalah. Jika dia masih enggan untuk bersumpah, sahlah dia ini bukan jantan sejati! Dan jika dah sah bukan jantan, Menteri Besar itu bolehlah buat pembedahan kembiri, tentu banyak Bahagian UMNO yang sanggup menajanya!


Malam Tadi Hanpa Tembak Kami Dengan Gas, 7 Haribulan Nanti Kami Tembak Hanpa Dengan Undi Pula!


Malam tadi seperti semua orang tahu, polis unit FRU dan SB merusuh lagi. Kali ini lokasi polis merusuh di Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu pada jam 9.40 malam dalam majlis ceramah anjuran KeADILan untuk memperkenalkan calon pilihanrayanya.


Majlis ceramah yang mengundang Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Razak pada mulanya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat-saat akhir. Menteri Besar yang dalam perjalanan bagaimanapun belum tiba ke tempat ceramah sebelum ia disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis. Isunya ialah permit polis sudah dapat, tapi kemudian ia dibatalkan di saat-saat akhir (mungkin selepas melihat respons kehadiran yang begitu ramai), jadi ia salah siapa? Salah PR dan rakyat atau salah pihak yang membatalkan permit?

Isu kedua, siapa pihak yang mengarahkan pembatalan permit di saat-saat akhir itu? Sejak beberapa hari lepas beberapa ceramah PR telah diadakan sekitar Sungai Petani, tapi tiada masalah pun. Polis juga memberi kerjasama yang baik. Sebenarnya orang yang datang bepusu-pusu itu hendak mendengar ceramah, bukannya hendak buat kacau. Jika polis tidak diarahkan untuk buat kacau, jika polis tidak diarahkan untuk merusuh, pastinya tidak akan jadi apa-apa.

Tapi siapa punya angkara yang mengarahkan permit polis itu dibatalkan? Rasanya ia bukan kerja polis, polis cuma alat untuk melaksanakan arahan. Polis merusuh bukan kerana mereka suka berbuat demikian, tapi apa daya, mereka diarah dan dibayar gaji untuk melakukan pelbagai tugas, termasuk merusuh, jadi apa nak buat? Ini pasti kerja orang politik yang takut dengan sentimen rakyat yang menolak mereka. Dan malam tadi kehadiran rakyat menjadi semakin ramai selepas mereka tahu Harakah dan Suara Keadilan digantung permitnya. Ramai yang datang untuk memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin mereka, selain ingin menyatakan rasa tidak puas hati dengan gaya pemerintahan yang seperti condong kepada diktatorisme itu.

Tapi tak apalah, ini hari mereka, esok hari kita pula. Ini hari kerajaan tunjuk kuasa, nanti akan ada hari untuk rakyat tunjuk kuasa pula. Seperti kata seorang rakan, "Malam tadi hanpa tembak kami dengan gas, tunggulah nanti kami tembak hanpa dengan undi pula. Tunggu sajalah 7 April nanti!"

Oleh: pendikar gunung kriang

Boleh Tak Lupakan Fairus Seketika?


Sejak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin megemukakan surat perletakan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang berkuat kuasa pada 8 April ini, pelbagai kabar angin bertiup kencang membadai politik negara dan Pulau Pinang khususnya. Pelbagai teori politik pula diperdendangkan oleh ahli politik sepenuh masa mahu pun peminat politik tanah air. Ada yang kata Fairus akan melompat ke UMNO dan ada yang kata di akan 'membelasah' rakan-rakan lamanya dan bossnya dalam satu kenyataan akhbar 'yang bakal mendedahkan segalanya' selepas ini.


Ada pula yang belum apa-apa sudah pandai-pandai menetapkan siapa yang bakal menggantikan Fairus. Lalu keluarlah nama Ariff Shah ADUN Seberang Jaya yang dikatakan akan menjadi katak yang bakal melompat dari UMNO ke PKR. Memang dari segi personaliti Ariff Shah ini lebih hebat dan lebih mesra rakyat dari Fairus. Tapi penentuan jawatan kedua tertinggi negeri itu perlu mengambilkira pelbagai segi dan bukan personaliti semata-mata. Lagi pun Ariff Shah masih ADUN UMNO, jadi mengapa cepat sangat membuat spekulasi?

Dan hari ini PKR mengumumkan hanya akan memutuskan calon pengganti Fairus bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco kerajaan negeri selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai berakhir.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, setakat ini, pihaknya tidak lagi membincangkan berhubung calon yang bakal mengganti Mohammad Fairus.

"Buat masa ini, YB Fairus masih menjawat dua jawatan itu kerana peletakan jawatannya hanya akan berkuatkuasa pada 8 April. Justeru, tidak timbul soal pengganti beliau buat masa ini", kata beliau.

Jadi kepada jentera PR, lupakan seketika isu Fairus, lupakan seketika bakal penjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Pilihanraya kecil di ketiga-tiga kawasan itu bakal belangsung sedikit masa lagi, tumpukan perhatian untuk berkempen memenangi hati rakyat. Kita sedang berhadapan dengan zaman penuh mencabar. Mulut rakyat telah dikunci dengan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan, SB dan FRU pula telah dijadikan kuda tunggangan BN bagi melemahkan kebangkitan rakyat. Walaupun suara rakyat ditindas, tapi segalanya boleh berubah dalam sekelip mata jika Allah mengizinkannya. Oleh itu walau meniti di hujung tanduk, jangan berputus harap untuk meyakinkan kemenangan sedang menanti di hadapan.

Justru bagi memastikan yang dikejar pasti dapat dan yang dikindung tidak keciciran dalam 3 pilihanraya kecil yang bakal menjelang tiba, PR tidak perlu membuang masa memikirkan sangat soal Fairus dan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang lagi!

Oleh: pendikar gunung kriang

Monday, March 23, 2009

Petang Tadi Syed Hamid Mengamuk, Malam Ni Polis Pula Merusuh!!

Malam ini polis kita sekali lagi menunjukkan betapa tidak demokratiknya negara ini. Di Sungai Petani malam ini seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily polis telah melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi. Polis merusuh lagi!!

Selain tembakan tersebut, trak FRU juga telah mengguna water cannon dengan menyembur air ke arah oarang awam yang sejak awal lagi sudah berkumpul untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihan raya kecil Bukit Selambau yang akan di adakan pada 7 April depan. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon KeADILan Bukit Selambau kepada umum.

Tindakan polis telah mengakibatkan suasana menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau terpaksa dibatalkan yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani.

Dianggarkan lebih 1,000 polis berada di padang tersebut dan cuba menyuraikan hampir 10,000 orang ramai yang berhimpun. Keadaan menjadi huru-hara apabila orang ramai sukar mencari tempat perlindungan setelah terkena kira-kira 50 das tembakan.

Difahamkan 4 orang telah ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

Petang tadi Menteri yang jaga polis - Syed Hamid Albar - mengamuk dengan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan. Malam ini polis pula mengamuk dan merusuh di Sungai Petani. Bukan sikit polis yang merusuh tu - 1,000 orang! Apa nie Pak Habib, betul-betul nak jadi negara polis ka?

Yesss....Nizar Calon PAS Bukit Gantang



Teka teki terjawab jua! Akhirnya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman calon Pakatan Rakyat ini dibuat kira-kira 10 hari selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, Ismail Saffian.

Penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 8 Februari lalu.

Roslan mengalahkan Bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Zabidi dengan majoriti 1,566 pada pilihan raya umum tahun lalu. Seorang lagi calon bebas M. Mogan hilang wang pertaruhan dengan hanya 882 undi.

Sokong Datuk Latif: Semua Menteri dan Timbalan Menteri Patut Letak Jawatan!


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mencadangkan semua Menteri dan Timbalan Menteri meletakkan jawatan seiring dengan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Menurutnya, beliau mencadangkan perkara itu kerana merasakan Najib perlu diberikan ruang dan kebebasan untuk memilih barisan kabinetnya. Kata beliau, Menteri dan Timbalan Menteri perlu memberikan ruang kepada Najib untuk membentuk 'pasukan impiannya' yang mempunyai integriti, kebolehan, kesesuaian serta kesetiaan.

(Sumber: Agenda Daily)

*************************************************************

Komen pendikar gunung kriang:

Saya menyokong penuh kenyataan Dr Latif itu. Jika tidak cukup 100%, saya boleh beri sokongan 200%. Malah bukan sahaja Menteri dan Timbalan Menteri, Perdana Menteri dan Timbalan Perana Menteri pun patut letak jawatan. Banyak tindak tanduk kerajaan kini sudah nampak kesewelan di tahap luar biasa dan keterlaluan, termasuk penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan, oleh itu wajarlah semua sekali letak jawatan!