Friday, March 6, 2009

93% Kata Pilihanraya Baru Perlu Diadakan Di Perak

Ini keputusan terbaru tinjauan pendapat umum yang dibuat oleh Star Online mengenai krisis politik Perak:

Tinjauan

Antara langkah berikut yang perlu diambil untuk menyelesaikan krisis politik Perak?

Pendapat %
%
Kompromi BN-Pakatan
7
7
Pilihan raya baru
93
93

Berdasarkan tinjaun itu menampakkan 93% pembaca star bersetuju pilihanraya baru perlu diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik Perak. Memang benar, ia berdasarkan pendapat pembaca-pembaca Star Online, akhbar milik salah satu komponen BN. Jika berdasarkan pendapat pembaca-pembaca Harakah, agaknya 99.9% akan berkata pilihanraya baru perlu diadakan.

Minggu lepas soalan yang lebih kurang sama juga dibuat oleh NTV7 menerusi undian SMS dan didapati 80% dari penonton juga bersetuju DUN Perak wajar dibubarkan.

Memang benar peratusan yang ditunjukkan itu tidak boleh dikatakan sebagai rumusan tepat bahawa majoriti rakyat Malaysia berpendapat DUN Perak perlu dibubarkan. Tapi itulah sekurang-kurngnya kesimpulan paling mudah yang ada di hadapan mata kita kini. Ya, itulah saja rumusan paling hampir tepat: rakyat inginkan satu pilihanraya baru di Perak!

Sama ada kerajaan memahami mesej rakyat atau tidak adalah satu perkara lain. Tidak mahu dengar mesej rakyat pun tidak apa. Kerana di sinilah terletaknya keunikan Malaysia: suara rakyat bukan suara keramat!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.