Wednesday, March 18, 2009

Alahai Najib...Cakap Berdegar, Tapi Ekor Penuh Tahi



Cakap berdegar tapi ekor penuh tahi....


Datuk Najib seperti yang dipetik oleh star online berkata UMNO perlu membersihkan tanggapan sebahagian besar rakyat terhadap parti itu yang dilihat mengamalkan budaya tidak sihat serta mempunyai sikap angkuh.

"Jika kita tidak berubah, kita akan dihukum, jadi kita perlu berubah. InsyaAllah kita akan lakukannya (perubahan), jika kita lakukan rakyat akan memberi sokongan kepada kita," katanya pada Persidangan Agenda Integriti Nasional: Penilaian dan Hala Tuju di Institut Integriti Malaysia di sini hari ini.

Selain itu Najib berkata beliau komited kepada pentadbiran yang berprinsipkan keterbukaan, ketelusan dan bercakap benar kepada rakyat apabila mengambil alih pucuk pimpinan negara kelak.

Tambahnya jika kerajaan bercakap benar kepada rakyat maka kerajaan akan mendapat keyakinan daripada rakyat.

Najib berkata usaha memerangi rasuah dan membentuk satu masyarakat yang bersih, lebih berintegriti dan bermoral perlu menjadi satu perjuangan yang dibudayakan.

Katanya dalam aspek pemerolehan kerajaan, sekiranya sebahagian besar didasarkan kepada tender terbuka atau sekurang-kurangnya tender terhad, maka ia boleh membantu memerangi gejala rasuah.

Najib berkata kebanyakan pembelian sekarang adalah berdasarkan kepada "pembidaan terbuka".

(sumber: star online)

...............***********..........................************................................................**********.....................************...............
Banyak yang Najib cakap saya tidak faham. Tak faham sungguh!!

Betulkah baru kini Najib sedar tanggapan rakyat terhadap parti itu? Baru kini Najib sedar UMNO dikenali rakyat sebagai parti yang sombong dan angkuh? Baru kini, baru kini, selepas 52 tahun baru sedar?

Najib kata UMNO nak lakukan perubahan? Sejak kalah teruk dalam PRU ke-12, ramai pemimpin yang menyeru kepada perubahan. Sudah 12 bulan lepas PRU ke-12 , apa perubahan yang rakyat nampak? Saya tak nampak perubahan ke arah kebaikan. Lagi teruk adalah, memang banyak pun!

Najib kata UMNO ingin lakukan pentadbiran yang berprinsipkan keterbukaan, ketelusan dan bercakap benar kepada rakyat. Tapi buktinya apa atau baru berangan-angan untuk melakukan itu? Keterbukaankah jika SPRM cuma siasat satu pihak, satu pihak lagi ratusan aduan tidak diambil peduli pun? Keterbukaankah jika media hanya melaporkan berita baik satu pihak dan berita buruk satu pihak lagi? Keterbukaankah jika permit akhbar yang melaporkan keburukan BN diugut untuk ditarik balik? Keterbukaankah jika aset milik Menteri dan Timbalan Menteri tiada siapa yang tahu secara rasmi?

Najib berkata kerajaan akan membentuk masyarakat yang bersih dan bermoral. Bersih bagaimana, bermoral bagaimana? Banyak contoh kelakuan pemimpin kita yang tidak bermoral (nak sebut pun memalukan dan panjang sangat), tapi mereka terus bertenggek dalam parti dan kerajaan. Jika betul-betul hendak wujudkan masyarakat yang bersih dan bermoral, pemimpin-pemimpin ini perlu dinyahkan dulu!

Dan tender/bidaan terbuka, mimpikah kita? Tender terbukakah pembelian kapal selam dan kapal terbang semasa Najib jadi Menteri Pertahanan dahulu? Tender terbukakah pelbagai lagi projek-projek mega di bawah Rancangan Malaysia yang telah dan sedang dilaksanakan kini?

Saya seringkali tidak faham bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin kita ini. Mereka selalu bercakap seperti wali, sedangkan rakyat sangat mengenali wajah sebenar mereka. Lain kali jangan cakap berdegar jika ekor penuh tahi! Nak cakap pun cakaplah sekadar yang orang boleh percaya saja.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.