Sunday, March 8, 2009

Angkara PPSMI, Media Pro-BN Tidak Mahir Mengira!!

Berapakah bilangan peserta yang menghadiri demonstrasi anti-PPSMI kelmarin?

Mingguan Malaysia, Star dan New Straits Times dalam laporan mereka berkata 5,000 yang menghadirinya, Berita Minggu pula yang seperti tidak mahir mengira, menyebut "beribu-ribu" yang hadir.

Namun bagi rakyat yang membanjiri jalan raya kelmarin, mereka boleh agak berapa bilangan limpahan manusia yang berada bersama ketika itu. Bukan 5,000, bukan 10,000. Sebab itu ada yang kata 50,000, ada yang kata lebih dari 50,000.

Angka 5,000 mungkin bagi penyokong BN terlalu besar, kerana mereka membandingkan dengan bilangan yang dapat mereka kumpulkan dalam majlis bersama Menteri yang disediakan bas percuma dan duit poket itu. Tapi itu majlis yang BN anjurkan - 5,000 kehadiran dikira sudah terlalu besar, sudah terlalu luar biasa, sebab itu mereka pakai angka itu - angka 5,000 - sebagai bilangan peserta yang menghadiri demonstrasi anti-PPSMI.

Masih ingat demonstrasi anjuran BERSIH pada 2007? Akhbar pro-BN menyebut yang hadir ialah 4,000 hingga 5,000, sedangkan jumlah sebenar yang hadir dikatakan 50,000 hungga 70,000 orang.


Saya sendiri mengaku tidak semahir mana dalm kira mengira dan anggar menganggar ini. Tapi saya selalu membandingkan kehadiran orang ramai dalam sesuatu majlis dengan kapasiti stadium bolasepak kita yang pernah saya kunjungi. Stadium Bukit Jalil boleh memuatkan 100,000 penonton, Stadium Shah Alam (80,000), Stadium Batu Kawan (40,000), Stadium Ipoh (42,000), Stadium Utama Kangar (20,000) dan Stadium Darulaman (35,000).

Stadium Negara pula hanya dapat memuatkan 10,000 penonton. Kehadiran 5,000 orang bermakna cuma separuh saja dari kapasiti Stadium Negara, logikkah bilangan yang merimpah ruah memenuhi jalan raya kelmarin dianggarkan cuma separuh sahaja dari kapasiti penonton Stadium Negara?

Mengapa hendak menganggarkan bilangan yang hadir dalam demonstrasi itu pun sukar dilakukan oleh akhbar pro-BN? Selain dari gentar melihat realiti sokongan rakyat menentang PPSMI, ada satu jawapan lagi. Saya rasa jawapannya ialah kerana mereka tidak mahir dalam kira mengira, tidak mahir matematik. Dan mungkin mereka tidak mahir matematik kerana ia diajar dalam Bahasa Inggeris. Itulah padahnya PPSMI!!


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.