Friday, March 13, 2009

Antara Menghina Bush, Sultan dan Allah


Cuba baca 3 berita ini dan buat tafsiran sendiri:


BERITA 1 - Wartawan Baling Kasut Kepada Bush Dihukum Penjara 3 Tahun

BAGHDAD: Wartawan Iraq, Muntadar al-Zeidi, 30, yang membaling kasut kepada bekas Presiden Amerika, George W. Bush dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bermula hari ini.

"Keputusan hari ini amat berat dan tidak selari dengan undang-undang, pihak kami akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini," kata ketua peguam bela Zaidi, Dhiaa al-Saadi.

Di dalam mahkamah, adik perempuan Zaidi, Ruqaiya menangis ketika keputusan dibacakan dan menjerit kepada hakim "jatuh seperti Maliki, agen Amerika," katanya merujuk kepada Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki. Sementara itu, adik lelaki Zaidi, Uday menyifatkan keputusan tersebut bermotifkan politik.

(Sumber Star Online)

................................................................................................................................................................

BERITA 2 - Enam Didakwa Menghina Sultan Perak

PETALING JAYA: Seramai enam orang akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini) kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam blog masing-masing.

Mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1998 kerana perbuatan menyiarkan " isi kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu". Manakala dua yang lain akan didakwa dibawah tuduhan yang sama di Terengganu Ahad ini.

Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya. Ini adalah kali pertama individu didakwa di bawah seksyen tersebut.

Mereka didakwa menyiarkan komen yang menghina Sultan berhubung krisis politik di negeri tersebut.

(Sumber: Star Online)

....................................................................................................................................................................

BERITA 3 - Menghina Hukum Allah, Penjara 0 Tahun

Hari-hari saya melihat wajah artis dan selebriti Malaysia di dalam media kita yang tidak berpakaian secara Islam, tidak menutup aurat sebagai orang Islam dan bergaul tidak menepati hukum Islam. Tidak terkecuali isteri pembesar-pembesar negeri saya, termasuk isteri Perdana Menteri, isteri Timbalan Perdana Menteri, isteri sebahagian Menteri dan isteri Sultan-Sultan di dalam negara saya yang tidak menampilkan diri menepati ciri-ciri wanita Islam.

Sesungguhnya mereka telah menghina Allah kerana enggan mengikut perintahNya.

Itu sebahagian kecil sahaja penghinaan terhadap Allah yang nampak jelas di depan mata. Tidak kira lagi penghinaan lain termasuk pengeluaran lesen judi dan maksiat dan sebagainya yang jelas menghina hukum Allah.

Tapi apa hukumannya terhadap mereka yang menghina Allah. Tiada hukuman?

(Sumber: Blog Sendiri)

..............................................................................................................................................................

Kesimpulan hukuman dunia:

Menghina Bush dikenakan hukum penjara 3 tahun, menghina Sultan dikenakan penjara 1 tahun, menghina hukum Allah dikenakan penjara 0 tahun.

Dunia oh dunia....

Oleh: pendikar gunung kriang


No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.