Wednesday, March 11, 2009

Apa Yang Dua Musuh Ini Bincang?

Tiba-tiba saja pertemuan empat mata antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat petang kelmarin menimbulkan pelbagai andaian.

anwar and pak lah hulu langat meeting 100309 04













Majlis itu turut dihadiri beberapa ulama luar negara, termasuk Sheikh Mahmud bersempena sambutan Maulud Rasul.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang turut hadir di situ, menafikan wujud rundingan sulit antara Abdullah dengan Anwar seperti dispekulasikan oleh seorang penulis politik.

Mohd Sayuti Omar, yang berada di madrasah waktu itu, berkata kedua-dua pemimpin itu berada di Madrasah itu lebih 90 minit, termasuk untuk makan.

"Satu perundingan juga dikatakan berlaku (antara dua tokoh politik itu) dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!" tulis Mohd Sayuti di blog peribadinya.

(Sumber: Malaysiakini)

.........................................................................................

Ulasan
pendikar gunung kriang:


Yang menjadi tanda tanya kini ialah apa yang kedua-dua tokoh itu bincangkan ketika duduk bersama? Adakah mereka bincangkan pengunduran Pak Lah sebagai Perdana Menteri pada hujung bulan ini dan implikasinya terhadap ekonomi dan politik negara? Atau mereka bincangkan strategi melanjutkan tempoh kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri? Atau mereka bincangkan strategi bersama bagi menafikan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri pada awal bulan depan?

Sebenarnya apa yang kedua-dua tokoh ini bincangkan hanya mereka berdua saja yang tahu. Sukar untuk kita meneka apa yang dibincangkan, kecuali ada kenyataan bersama kedua-dua belah pihak. Anwar sendiri dalam blognya cuma menyebut pertemuan itu sekadar "ngobrol-ngobrol biasa". Jika Pak Lah ada kesedaran IT dan punya blog sendiri dia juga mungkin akan berkata seperti Anwar, pertemuan itu cuma sembang-sembang biasa.

Yang mudah kita teka sejak kelmarin hanyalah satu: berita dan gambar bersejarah pertemuan Anwar dan Pak Lah itu tidak tersiar dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan TV milik kerajaan mahu pun swasta. Bagi sesetengah pihak melihatnya sebagai pertemuan penting, tapi bagi Najib dan penyokongnya ia tidak penting untuk mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Kan dah kata, mereka ni tiada apa2 pun. tetapi yang kat bawah ni yang poyoh2, kecoh tak tentu pasal.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.