Monday, March 9, 2009

Apa Yang Zambry Katakan Memang Benar Belaka!!


Petikan berita BERNAMA hari ini melaporkan kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bahawa:


i) Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada hak untuk memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Menurut Zambry, Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN.

Zambry berkata demikian dalam kenyataannya sebagai mengulas kenyataan Mohammad Nizar, bekas Menteri Besar itu bahawa beliau akan memohon perkenan menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran DUN, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di bawah pokok di Ipoh Selasa lepas. Mohammad Nizar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dilaporkan berkata pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini.

ii) Dr Zambry seterusnya berkata bahawa kenyataan Nizar itu bertujuan untuk mengganggu kestabilan politik Perak.

"Kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar adalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan sebagai usaha mengganggu kestabilan politik negeri Perak serta sebagai tindakan menghina dan mencabar institusi raja dan kuasa Sultan Perak," kata Zambry.

.................................................................................................................

Ulasan pendikar gunung kriang:

i) Kuasa Membubarkan DUN

Saya setuju kenyataan Dr Zambry bahawa mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN. Sebab itulah Nizar sebagai Menteri Besar yang dipilih rakyat pada 5 Februari 2009 telah mengadap baginda untuk membubarkan DUN, kerana beliau telah menggunakan kuasanya untuk berbuat demikian di bawah peruntukan tersebut, seperti yang diakui sendiri oleh Zambry.

Cuma sama ada baginda Sultan menerima permohonan Menteri Besar yang dipilih rakyat mengikut peruntukan 16(6) atau lebih cenderung memilih Menteri Besar yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri adalah satu cerita lain pula. Biarlah sejarah yang bakal bercerita kepada generasi akan datang dan mengadili apa yang telah kita lakukan pada bulan lepas.

ii) Siapa pihak yang mencetuskan ketidak stabilan politik Perak?

Mengenai pihak mana yang telah mengganggu kestabilan politik Perak juga tentu Zambry sangat menyedarinya. Tentu Zambry tidak lupa bagaimana kestabilan politik Perak mula bergoncang selepas kehilangan ADUN Changkat Jering dan Behrang, dikuti pelbagai peristiwa dramatik termasuk kemunculan kelibat dua ADUN itu di Pekan dan Putrajaya dan akhirnya muncul pula di Istana Kuala Kangsar untuk mengumumkan kejayaan rampasan kuasa.

Rangkuman pelbagai peristiwa dramatik itu mengesahkan kenyataan Zambry tentang pihak mana yang bertanggung jawab di sebalik usaha mengganggu kestabilan politik Perak itu.

Kesimpulannya kenyataan Zambry berkaitan kuasa Menteri Besar yang dipilih rakyat dan pihak pencetus ketidak stabilan politik Perak adalah benar belaka!

Oleh: pendikar gunung kriang

4 comments:

Anonymous said...

Kau orang ni masih tak berubah lagi, tak tau malu ke?.

sapa kata nizar tu rakyat lantik jadi mb???
malulah skit,

nizar tu rakyat lantik jadi adun jer..

kumpulan mana yang ramai dan menang,layak memeritah dan sultan akan melantik dikalangan mereka untuk menjadi mb.

jika dulu pr, sekarang bn. jadi kena akur jer la...masa perintah dulu kenapa tak jaga betul2, bila dah jatuh baru terhegeh hegeh nak tempat kembali.

lain kali jangan sombong sangat.

kalau ada prk untuk perak, aku rasa pr akan bungkam.

Brahim Nyior said...

Kita tengok di Bukit Gantang, siapa akan menang, sebab itulah yang kita jadikan penanda aras kehendak rakyat.

Jika PR menang, maknanya rakyat mahukan kuasa mereka dikembalikan. Jika BN menang, bermakna rakyat setuju dengan pilihan sultan.

Anonymous said...

anom 217 pm,

Aku adalah antara pengundi Bukit Gantang yg sudah gatal tangan untuk mengundi dlm PRK nanti.Tak sabar rasanya kami rakyat Bukit Gantang utk mengantar BN ke neraka.

Hang tau dak, tangan org Bt Gantang dah gatai benar nak pangkah Pas nih!!!

Anonymous said...

KELUAQ KANDANG GIMAU.....HANG NAK MASUK KANDANG BABI TUNGGAL... ADA KA PATUT?.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.