Thursday, March 19, 2009

Apabila Dr Mahathir Menyindir Muhd Taib


Selain dari memberikan sokongan terbuka kepada Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO, mantan Perdana Menteri , Dr Mahathir Mohamed sempat pula menyindir Muhd Taib yang bertanding merebut jawatan itu.


"Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak(boleh) baca Inggeris. Pilihan saya Muhyiddin," kata Dr Mahathir dengan sinis.

Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia. Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan kemudiannya didapati tidak bersalah.

Semasa Dr Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu, antara tukang kipasnya yang paling setia ialah Muhd Taib. Jika sebelah paginya Dr Mahathir keluarkan sesuatu kenyataan, belum tengahari lagi Muhd Taib sudah menyokong kenyataan Dr Mahathir. Sebab itulah Muhd Taib boleh bertahan jadi Menteri Besar hingga 11 tahun (1986-1997). Masa itu kebolehan berbahasa Inggeris tidak penting. Jika dia tidak ditahan di Brisbane, Australia kerana membawa wang tunai A$1.26 juta pada 1996 dahulu, mungkin hingga kini beliau masih menjadi Menteri Besar Selangor. Dan jika dia tidak menampakkan diri sebagai penyokong Pak Lah tentu Dr Mahathir akan menyayanginya, sepertimana sayangnya Dr Mahathir kepada Najib.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.