Monday, March 9, 2009

Awas, Kentut Pun Derhaka!!


Tiba-tiba saja kini ungkapan "derhaka" jadi terkenal, terutama di Perak. Perkara ini yang menjadi topik perbualan jemaah surau saya, sementara menantikan tibanya waktu solat Isyak sebentar tadi.

"Susahlah sekarang di Perak, semuanya depa kata derhaka. Bubar DUN derhaka, enggan iktiraf MB baru derhaka, saman MB baru derhaka, saman Sultan di mahkamah derhaka, mesyuarat di bawah pokok derhaka dan hari ini tanam pokok pun derhaka!", kata satu suara yang saya panggil di sini sebagai suara pertama.

"Bukan saja di Perak, di Kedah kita ni pun sama. Ada surat layang yang tuduh Exco derhaka, sedang ia cuma surat layang dari kertas yang depa jumpa di market dan entah orang gila mana tulis", kata suara kedua.

"Entah-entah kertas tu bekas bungkus cabai melaka ka atau kertas bekas palit tahi ka, itu pun depa nak kutip buat bukti, gila betoi puak-puak Umno ni", kata suara ketiga pula.

"Yang aku takut ni bukan apa. Mungkin satu hari nanti kita sembahyang jemaah macam ni pun dipanggil derhaka, sebab kita tak bersembahyang di rumah macam depa, macam kebanyakan orang", orang pertama kembali mencelah.

Saya lebih suka menjadi pendengar dalam perbualan mereka. Cuma sekali sekala mencelah untuk tidak kelihatan bodoh.

Tapi tiba-tiba perbualan kami terhenti. Ada sesuatu yang entah dari mana datangnya menusuk hidung seperti bau bangkai tikus. Kami memandang sesama sendiri, cuba meneka sumber bau yang tidak harum itu.

Orang kedua yang bersembang tadi tiba-tiba bangun sambil tersenyum malu.

"Maaf terlepas bom, kena pi ambil air sembahyang sekali lagi", katanya selamba. Kami semua ketawa mendengar penjelasannya.

"Haaa...itu pun bahaya juga tu, nanti takut puak-puak tu kata terkentut pun derhaka!", kata saya diikuti derai ketawa jemaah lain.

Oleh: pendikar gunung kriang

4 comments:

Anonymous said...

perkataan "derhaka' dah tak dak nilai lepas Umno derhaka dulu.

hanpa tau dak dekat Butterworth ada satu sungai namanya Sungai Derhaka?. kalau sungai pun pandai derhaka, ini kan lagi makhluk asing bernama Umno tu.

Brahim Nyior said...

Hahahahahahaha.. Memang kelako bahagian akhir entry ni. Ada pulak bau bangkey tikus?

Apa-apa pun, istilah derhaka, sekarang ni dah macam jadi mainan... Mana tidaknya, silap sikit, derhaka. Silap je, derhaka...

Peliknya, tak solat, tak puasa, tak 'terasa' ke derhaka kpd Allah?

Hmm, Sabor jerlah...

Anonymous said...

tak habih2 berangan.

Anonymous said...

anom 8:50

Be careful, berangan-angan pun nanti umno celaka tu boleh tuduh kamu derhaka....!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.