Sunday, March 15, 2009

Baru Sehari Dipilih, Calon Bukit Gantang Sudah Bikin Temberang! ~ Ruj Malaysiakini


Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini, Ismail Saffian percaya ketika ini telah ada 'angin perubahan' di kalangan masyarakat setempat yang akan memihak kepada BN, lebih-lebih lagi selepas pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan meletakkan anak tempatan sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.


Angin perubahan apa? Angin perubahan kerana calon BN anak tempatan? Jadi jika Pas juga meletakkan anak tempatan bermakna ada angin perubahan dalam Pas jugalah, ya?

Satu lagi, adakah kajian dari mana-mana pihak yang membuktikan angin perubahan rakyat Perak adalah menyokong kembali BN?

Yang kita nampak setakat ini ialah beberapa kajian pendapat umum tentang politik Perak pernah dibuat antaranya oleh Merdeka Centre, NTV7 dan star online. Semua kajian yang dijalankan itu nampaknya tidak memihak kepada BN. Justru, adakah rumusan kajian yang tidak memihak kepada BN itu adalah sebagai bukti wujudnya 'angin perubahan' - maksuidnya bukan angin perubahan menyokong BN, tetapi ialah angin perubahan yang menambah simpati dan sokongan rakyat kepada PR?

Dua hari lepas Merdeka Centre mengeluarkan satu lagi keputusan kajiaan mengenai kepimpinan UMNO. Kajian terbaru yang dibuat oleh Merdeka Center ke atas 1,031 responden menunjukkan hanya 19 peratus sahaja responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara berbanding 3 peratus responden India dan 1 peratus responden Cina yang memberi pendapat yang sama.

Tapi jika calon BN Bukit Gantang menyatakan ada 'angin perubahan' sedang bertiup menyokong BN, ia satu kenyataan yang boleh dipertikaikan kerana tidak disokong oleh apa-apa kajian atau bukti yang ilmiah dan kukuh. Ia nampaknya setakat andaian, agakan dan tembak-tembak saja. Sepertinya baru sehari dipilih sebagai calon dan belum pun bergelar Yang Berhormat, calon tersebut sudah pandai bikin temberang kepada rakyat Bukit Gantang!!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

Kalau dah Parti temberang tu, apa nak di harap daripada calon nya?
Mana ada relevan nya parti Umno tu lagi? Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz dah lama cakap, Umno tu dah tak boleh pakai lagi dah!
Nak cakap apa lagi?

Anonymous said...

Itu la cara Banana Nut tipu rakyat dan tipu sendiri -- sudah tahu mereka mesti kalah dan tiada harapan!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.