Tuesday, March 3, 2009

Benar Kata Azalina - BN Buktikan Hari Ini Malaysia Negara Tak Bertamadun!


Tengahari tadi saya menerima SMS dari seorang rakan: "Tahniah, mesyuarat DUN Perak dibuat bawah pokok". Saya tergelak membaca SMS itu lalu menjawabnya: "Patutnya hang ucap tahniah kpd Siva & ADUN Perak, itu keputusan depa".


Dia membaalas SMS saya:"Tapi hang yang cadangkan kat depa buat mesyuarat di bawah pokok!"

Rupanya rakan itu terbaca cadangan saya dalam blog ini pagi-pagi tadi supaya jika tidak boleh masuk bangunan DUN, buat saja mesyuarat bawah pokok! Namun saya tidak sedikit pun percaya Mesyuarat DUN Perak diadakan di bawah pokok pagi tadi kerana pengaruh tulisan dalam blog saya ini. Mana mungkin ADUN Perak yang rata-ratanya terpelajar itu membaca blog kerdil dan cabuk saya dan melaksanakan cadangan saya? Sebaliknya saya yakin apa yang berlaku di Ipoh tadi berlaku secara kebetulan, ya, sangat kebetulan dengan cadangan saya. Selepas tidak dapat masuk ke bangunan DUN, itulah pilihan terbaik untuk ADUN PR, walaupun ada pilihan lain yang lebih selesa dan sesuai, umpamanya mengadakan mesyuarat dalam hotel, cafe, restoran, kedai kopi dan lain-lain.

Lagi pun mesyuarat DUN atau Parlimen di bawah pokok bukan perkara ganjil dan bukannya tidak pernah berlaku di dunia ini. Mengikut sejarah, demokrasi mula diasaskan di zaman Yunani purba, hampir 3,000 tahun dahulu. Ketika zaman tiga ahli falsafah Yunani purba terkenal, Socrates (469-399 B.C), Plato (428-347 B.C) dan Aruistotle (384-322 BC) mesyuarat Parlimen kerajaan Yunani purba adalah berlangsung di bawah pokok sahaja. Tetapi tentu ada yang berkata tetapi mengapa di zaman serba maju ini kita perlu mengadakan mesyuarat DUN di bawah pokok seperti 3,000 tahun dahulu?

Jawapannya mudah: adakah anda menyangka demokrasi kita semaju negara Barat atau setidak-tidaknya setaraf dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia? Jika melihat kepada kebebasan media, kebebasan bersuara dan mekanisme perjalanan pilihnraya, jawapan kepada soalan ini sangat jelas: tidak! Ya, kita tidak setaraf dengan negara jiran dari segi kematangan demokrasi, apa lagi jika hendak dibandingkan dengan negara-negara besar Asia lain seperti Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Jadi jika hendak dibandingkan kematangan demokrasi kita, negara yang paling sesuai dibuat perbandingan ialah negara Yunani purba yang wujud hampir 3,000 tahun dahulu itu. Kerana kerajaan Malaysia yakin demokrasi kita berada sezaman dengan Socrates, Plato dan Aristotle itulah agaknya mesyuarat tidak dibenarkan diadakan dalam bangunan DUN. Mesyuarat tadi diadakan di bawah sepohon pokok seperti di zaman Socrates, Plato dan Aristotle 3,000 tahun dahulu sambil disaksikan oleh lensa kamera CNN, BBC, Al-Jazeera dan lain-lain.

Hari ini Malaysia telah membuktikan demokrasi kita masih tertinggal 3,000 tahun ke belakang. Hari ini seluruh dunia terpegun melihat masih ada sisa-sisa manusia zaman Yunani purba di dunia ini yang bertapak di Malaysia. Apabila pintu masuk DUN dikunci, nampak benar betapa tidak bertamadunnya tahap demokrasi negara ini. Benar kata Datuk Azalina Said di dalam Berita Harian Online sebentar tadi, sidang DUN dibawah pokok memalukan dan sangat tidak bertamadun. Benar kata Azalina, BN hari ini telah membuktikan kepada dunia betapa tidak bertamadunnya Malaysia!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

saya setuju kata2 tuan, biar la dunia tau kata kita ni tak bertamadun, tapi bukan semua rakyat yg merasa malu, hanya orang2 UMNO saja yg merasa malu, dia (azlina) lagi la patut rasa malu, dia menteri jual malaysia

pendikar gunung kriang said...

setuju

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.