Wednesday, March 11, 2009

Bertuahnya Saiful, Ditatang Polis Bagai Minyak Yang Penuh!! ~ Malaysiakini


Kabarnya polis telah menyiasa
pahang daily blg website 100309t sebuah kafe siber yang sering digunakan oleh pengendali blog Pahang Daily Online yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami penyakit kelamin akibat termakan sumpah laknatnya tahun lalu. Sekumpulan lapan anggota polis berpakaian biasa dalam dua kereta tiba di terminal bas Kuantan sejak jam 11.15 pagi tadi bagi menyiasat komputer yang sering digunakan oleh editor blog itu yang dikenali sebagai Cucu Mat Kilau. Sebuah lagi kafe siber yang sering dikunjungi oleh pengendali blog itu di pusat membeli-belah Kuantan Parade kira-kira 1.5 km dari terminal bas tersebut akan turut disiasat polis, demikian menurut berita yang dipetik dari Malaysiakini.

Wah, cekapnya polis kita, baru minggu lepas budak Saiful tu buat laporan polis, hari ini polis sudah bertindak dengan begitu proaktif. Kelmarin
Cucu Mat Kilau disoal siasat selama lima jam, hari ini kafer siber pula diserbu bagi mendapatkan bukti. Jika beginilah cara polis bekerja, tentulah tiada lagi kes penculikan kanak-kanak di Malaysia. Jika beginilah cara polis bekerja, penculik adik Sharlinie tentu sudah lama dapat ditahan. Jika beginilah cara polis bekerja, tentu sudah ada perkembangan siasatan terhadap begitu banyak laporan polis yang dibuat terhadap salah laku pemimpin-pemimpin BN sejak dahulu lagi itu.


Difahamkan
Cucu Mat Kilau sendiri turut membuat aduan di ibu pejabat polis Kuantan terhadap Saiful berhubung kenyataan dan laporannya yang dianggap "menjatuhkan maruah dan imej" Pahang Daily Online. Dalam aduan yang dibuat kira-kira 12 tengah hari tadi, Cucu Mat kilau juga mempertikaikan kewajaran polis bertindak begitu pantas menyiasatnya.


Jika dalam tempoh seminggu saja selepas laporan polis dibuat oleh Saiful pihak polis sudah menyiasat kes itu, kita tengoklah nanti sama ada minggu depan pihak polis akan menyoal siasat Saiful selama lima jam pula atas tuduhan menjatuhkan imej Pahang Daily Online. Jika polis tidak siasat laporan polis yang dibuat oleh
Cucu Mat Kilau, maka sahlah seperti yang diyakini rakyat terbanyak bahawa polis kita memang berat sebelah.


Yang menjadi tanda tanya kita mengapa polis begitu pantas menyiasat laporan polis yang dibuat
oleh Saiful terhadap Cucu Mat Kilau? Mengapa laporan polis terhadap pemimpin-pemimpin Umno tidak nampak perkembangannya selepas bertahun-tahun laporan dibuat?

Apakah benar andaian bahawa Saiful diberi layanan istimewa kerana dia 'budak Najib' yang pernah banyak kali menemui Najib? Saiful pernah diakui berada dalam 'perlindungan polis' dan dikatakan menerima layanan kelas satu sepanjang 'dilindungi polis'. Dan kini Saiful menerima layanan istimewa lagi! Jika benar untuk mempercepatkan siasatan polis perlu jadi 'budak Najib' terlebih dahulu, wajarkah orang lain pun kena jadi 'budak Najib' juga sebelum mengambil apa-apa tindakan yang berhubung kait dengan politik?


Apa pun, syabas kepada polis kerana memberi keistimewaan yang begitu luar biasa terhadap Saiful, seperti kata pepatah Melayu Saiful dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Semoga 25 juta rakyat Malaysia akan mendapat perhatian yang sama oleh polis sebagaimana yang mereka berikan kepada Saiful!


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.