Sunday, March 15, 2009

Bila Pula Kerajaan Nak Robohkan Plak Perasmian Bangunan MBI dan Putrajaya? ~ Ruj: Malaysiakini


Jumaat lalu, tiga penjuru plak peringatan 'Pokok Demokrasi' di Ipoh di pecahkan. Dan hari ini Malaysiakini melaporkan plak itu pula dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Exco Kerajaan Tempatan Negeri, Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan 'halangan' di tempat awam.

"Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang," kataDr Mah.


Jadi, plak itu dirobohkan seperti kata Dr Mah kerana:


i) Pembinaan plak itu menyebabkan halangan di tempat awam
ii) Pembinaan plak itu tanpa kelulusan MBI

Saya bukannya pengamal undang-undang. Saya juga tidak arif tentang Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Oleh itu saya agak musykil mengapa pembinaan plak yang ditempek dipokok dikatakan menyebabkan 'halangan' ditempat awam?

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap seksyen 46(1) akta itu, bentuk 'halangan' yang menjadi kesalahan di bawah 46 (1) akta tersebut ialah mendirikan tembok dan pagar, menutup parit terbuka, meletak barang-barang di tempat awam, meletak barang jualan di tempat awam, meletak besi dan kereta buruk dan meletak sampah tred di tempat awam.

Jadi berdasarkan pemerhatian saya yang tidak mahir undang-undang ini, saya tidak nampak takrif 'halangan' di bawah akta ini termasuk juga meletakkan plak di pokok. Mungkin juga saya tidak nampak atau tidak mahir Bahasa Melayu yang digunakan dalam akta itu kerana sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris! Tapi sungguh, saya tidak nampak seperti apa yang Dr Mah nampak dalam akta itu. Tak kanlah Exco kerajaan kudeta itu telah disihir matanya hingga rabun menyebabkan dia tersilap membaca maksud akta itu ketika memberi kenyataan sebagaimana yang dipetik dalam Malaysiakini?

Lagi pun saya berfikir, jika melekatkan plak di pokok adalah satu kesalahan, bagaimana pula melekatkan plak perasmian di bangunan-bangunan yang dirasmikan oleh Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri Besar; adakah ia juga satu kesalahan? Ini kerana berdasarkan pengalaman saya plak yang dilekatkan di bangunan-bangunan yang dirasmikan oleh Menteri dan Timbalan Menteri tidak pernah dirujuk kelulusannya dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Jika tidak percaya pergilah tanya Setiausaha Kerajaan Negeri Perak adakah plak perasmian bangunan SUK itu telah diluluskan oleh MBI? Malah pergilah tanya Datuk Bandaraya Ipoh (MBI), apakah plak perasmian bangunan MBI itu telah diluluskan oleh MBI? Jika ada kelulusan tidak apa, tapi saya sangat yakin plak perasmian kedua-dua bangunan itu, malah semua bangunan kerajaan termasuk Putrajaya sendiri pun tidak diluluskan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (Jika saya silap, sila betulkan!!).

Justru, jika melekatkan plak di bangunan kerajaan, swasta dan premis perniagaan adalah satu kesalahan di bawah akta tersebut, sudah tentu plak bangunan-bagunan tersebut juga perlu dirobohkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing. Kita perlu robohkan semua plak perasmian bangunan kerajaan dan swasta, termasuk plak perasmian bangunan Majlis Bandaraya Ipoh dan Putrajaya!!

Oleh: pendikar gunung kriang

4 comments:

Anonymous said...

KAU BUAT POST MACAM TAK SEKALOH, IKUT SUKA JER.
PASANG PLAT ITU DI TEMPAT YANG BERBEZA.

DI BANGUNAN TU TIADA MASALAH BAB TIADA LAIN2 GANGUAN.
TAPI DI BAWAH POKOK KAT SIMPANG TU NANTI ADALAK MASALAH LALU LINTAS ATAU PERHIMPUNAN SEMBAHYANG YANG MANGANGGU KETENTERAMAN AWAM.
KALAU JAUH DALAM HUTAN TIADA SAPA YANG KACAU PUN.

Anonymous said...

Jangan buat Provokasi bodoh la bro. hentikanlah semua ni..
Buat kerja masing2 dan buat sesuatu untuk memperbaiki ekonomi yang teruk sekarang ni..

provo kau ni mengabihkan beras je..!

pendikar gunung kriang said...

Tuan anom 10:02,

i) Yang bahaya dan mengganggu lalu lintas tu plak ke pokok? Kalau pokok yg bahaya, mengapa pokok tidak ditebang?

ii) Bentuk 'halangan' yang menjadi kesalahan di bawah 46 (1) akta tersebut ialah mendirikan tembok dan pagar, menutup parit terbuka, meletak barang-barang di tempat awam, meletak barang jualan di tempat awam, meletak besi dan kereta buruk dan meletak sampah tred di tempat awam.

Mana ada disebut menanam pokok dan menampal plak di pokok satu kesalahan di bawah Seksyen 46(1)? Tapi jika menanam pokok satu kesalahan, anom tolong nasihatkan MBI mendenda Datuk Bandar MBI kerana bertanggung jawab menenam pokok itu!

Exco Perak, Dr Mah kata antara kesalahan yg dilakukan ialah meletakkan plak tanpa kelulusan PBT (MBI). Jika itu kesalahan yg dilakukan, semua plak perasmian tanpa kebenaran PBT perlu dirobohkan, termasuk yg ada di MBI, SUK Perak dan Putrajaya sendiri.

Kpd yg beragama Islam (Dr Mah terkecuali), jangan berat sebelah ketika bertindak, kita bukan saja hidup di dunia, tapi juga di akhirat. Justru jika engkau kata meletak plak tanpa kebenaran PBT adalah satu kesalahan, wajar sekali semua plak-plak tanpa kebenaran PBT di lain-lain bangunan kerajaan dan swasta perlu juga dirobohkan; ia baru adil!

pendikar gunung kriang said...

anom 10:05 (penyamar yg sama dgn anom 10:02 ke?),

Saya setuju dengan kamu, kita perlu buat sesuatu utk membaiki ekonomi. Tapi masalahnya pemimpin besar kita tu tak faham bahasa orang kecil macam kita ni. Lihatlah apa yg terjadi di Perak, mereka rancang rampasan kuasa hingga politik kita kini berkecamuk.Jika mereka tak huru-harakan Perak dengan melantik kerajaan kudeta itu, tentu iklim politik negara tidak sepanas sekarang, tak kan ada yg menghina Sultan Perak dan MBI juga perlu roboh plak di sebatang pokok!!

Jadi seperti kata tuan anom, kita buatlah kerja masing-masing, Najib buatlah kerja Menteri Kewangan utk pulihkan ekonomi, bukan buat kerja Menteri Penghuru Haraan Malaysia!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.