Wednesday, March 4, 2009

Bukan Saja Bawah Pokok, Mesyuarat Atas Pokok Pun Tetap Sah!!


Ramai yang mempertikaikan kesahihan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam yang diadakan di bawah pokok. Azalina Said berkata ia tindakan tidak bertamadun, Rustam Ketua Menteri Melaka pula berkata ia menghina Raja. Malaysia sebagai negara tidak bertamadun kerana tindak tanduk Pemerintah yang diterajui UMNO semua orang sudah tahu. UMNO menghina Raja sejak lebih 20 tahun dulu juga semua orang sudah tahu. Jadi tidak perlulah Azalina dan Rustam mengungkit keburukan UMNO, kerana semua orang sudah tahu!

Dan isu mesyuarat bawah pokok tidak sah? Bukan saja mesyuarat di bawah pokok, mesyuarat atas pokok pun tetap sah jika ia dipanggil Speaker mengikut prosedur! Demikian kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, sebagaimana yang dipetik BERNAMA kelmarin.

"Jika di atas pokok pun ia sah", BERNAMA memetik pandangan Dr Mohammad Agus yang juga penganalisis politik tempatan ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi kelmarin. Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.