Friday, March 13, 2009

Tak Kan EXCO Selangor Aje Kot, Yang Lain Amacam?



EXCO Kerjaan Negeri Selangor sudah mengisytiharkan aset masing-masing. Sekarang kita sudah tahu siapa yang memiliki aset paling banyak dan siapa yang paling banyak hutang. Jika hendak tahu perincian pendapatan mereka, lawati web Kerajaan Negeri Selangor.


Cuma yang rakyat tunggu sekarang ialah aset ADUN Selangor yang lain, tidak kira dari PR atau BN. Buat masa ini hanya maklumat mengenai aset EXCO Selangor yang ada dalam web Kerajaan Selangor, kerana baginda Sultan hanya meminta EXCO sahaja yang isytiharkan asetnya menerusi web Kerajaan Negeri. Sultan tidak perintahkan ADUN lain termasuk Menteri Besar memaparkan asetnya di dalam web, jadi kita tidak tahu maklumat aset mereka. Mungkin juga ADUN lain takut dilabel derhaka jika melakukan lebih dari yang dipinta Sultan?

Oleh itu diharap Tuanku Sultan buat satu lagi arahan - minta Menteri Besar, Ketua Pembangkang dan semua ADUN tidak kira dari PR atau BN isytiharkan aset masing-masing dalam web Kerajaan Negeri.

Rakyat negeri-negeri lain juga tentu teringin tahu aset semua ADUN mereka. Jadi tentu sesuatu yang menarik juga sekiranya semua ADUN di negeri-negeri lain juga isytiharkan aset mereka di dalam web Kerajan Negeri masing-masing. Tetapi mahukah mereka secara sukarela mengisytihrkan aset masing-masing? Sekali lagi campur tangan Sultan atau Yang diPertua Negeri diperlukan untuk membuat arahan tersebut seperti yang dilakukan oleh Sultan Selangor. Arahan Sultan pasti dipatuhi, sebab jika tidak dipatuhi boleh dilabel sebagai derhaka.

Tapi ADUN sajakah yang perlu mengisytiharkan aset mereka menerusi laman web? Tentu tidak! Rakyat juga ingin tahu berapa aset semua Ahli Parlimen kita, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri. Untuk melakukan pengisytiharan aset Ahli Parlimen menerusi web itu, perintah dari Yang Dipertuan Agong diperlukan. Siapa yang enggan mengisytiharkan aset untuk dipaparkan dalam laman web boleh dilabel sebagai derhaka. Mungkin web Jabatan Perkhidmatan Awam yang paling sesuai untuk memuatkan maklumat mengenai aset semua Ahli Parlimen tersebut.

Ketika Pak Lah mula memegang tampuk kuasa dahulu, beliau selalu menekankan mengenai pembinaan sebuah pentadbiran yang telus. Selangor telah membuktikannya ia boleh dilakukan menerusi pengisytiharan aset EXCOnya dalam web, mendahului Kerajaan Negeri lain, malah mendahului Kerajaan Persekutuan sendiri. Mungkin sebelum Pak Lah meninggalkan kita, aset semua Ahli Parlimen dan ADUN dapat dipaparkan dalam laman web untuk sama-sama kita membuat penilaian.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.