Friday, March 20, 2009

Calon Pilihanraya Bukit Selambau: Jangan Jadi Katak Sudahlah! ~ Malaysiakini

Akhirnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S. Manikumar (gambar di bawah) sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.

manikumar pkr candidate for bukit selambau 190309 01Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini. Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau.

Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.

Nampaknya pengundi-pengundi Bukit Selambau perlu membuat pilihan antara calon BN Datuk Ganesan, seorang peguam berusia 49 tahun dan calon PKR Manikumar, seorang ahli perniagaan beusia 35 tahun; di samping 10 calon bebas lagi yang menyatakan hasrat untuk turut bertanding.


Pilihan di tangan pengundi. Mereka boleh pilih yang muda atau boleh pilih yang agak berusia atau boleh juga pilih yang jadi calon untuk suka-suka saja. Mereka juga boleh pilih calon dari parti yang menjanjikan pembangunan tapi terkenal dengan rasuah atau parti yang baru setahun jagung tetapi bercita-cita besar untuk membina sebuah masyarakat adil untuk semua atau mereka juga boleh pilih calon bebas yang berkaliber yang tidak menjadi ahli mana-mana parti.

Asalkan tidak mengundi calon yang berpotensi untuk menjadi katak sudahlah. Bukan apa, sekarang ini musim hujan, banyak katak yang muncul memanggil hujan yang dikatakan mencurahkan rezeki!

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

masa anwar ibrahim cakap pasal lompat parti dan nak ambik alih kerajaan persekutuan pada 16 september tahun lalu kau tak kecoh pulak dan cakap pasal katak tapi bila orang pakatan sokong umno kau kata katak. yang sebenarnya kalau lah katak tu.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.