Tuesday, March 3, 2009

DUN Perak Dibubarkan!!


Mesyuarat DUN Perak telah diadakan di bawah sepohon pokok dihadiri oleh semua 27 wakil rakyat PR termasuk Menteri Besar. Mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Ustaz Misbah yang bertindak sebagai Setiausaha DUN mengendalikan mesyuarat dengan baik.

Mesyuarat berlangsung sehingga jam 10.30. Mesyuarat kini telah ditangguhkan.

Dua usul yang diluluskan ialah undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan pembubaran DUN Perak yang diluluskan dengan sebulat suara.

Satu sidang akhbar akan diadakan sebentar lagi di Pejabat DAP.

1 comment:

Budak Perak said...

bubar dun......
i2 jln ygt'baek..

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.