Tuesday, March 31, 2009

Ezam: Jangan Undi Calon BN Dan PKR Dari Keturunan India!


Saya terbaca blog Chegubard yang melaporkan cerita mengenai ceramah Ezam Md Noor malam tadi yang diadakan di Sungai Lalang dalam kawasan pilihanraya Bukit Selambau. Kononnya ramai juga yang hadir dalam ceramah Ezam iaitu kira-kira 20 orang petugas UMNO!


Mengikut Chegubard, Ezam seperti kehilangan arah ketika berpidato. Namun apa yang paling menarik apabila Ezam membuat seruan berbaur perkauman, "PKR parti tiada maruah...bagaimana nak ada maruah calon yang diletakkan pun juga hitam....Letak calon India"

Nampaknya Ezam seperti sangat marah dengan orang India. Ezam marah kepada PKR, kerana PKR letak calon India. Seolah-olah Ezam menyeru pengundi jangan undi PKR kerana meletakkan calon India. Kebetulan BN juga meletakkan calon India, jadi maksud Ezam pengundi juga tidak perlu mengundi calon BN yang berketurunan India. Jika mereka hendak mengundi, mereka boleh mengundi calon Melayu kerana terdapat 6 calon Melayu yang bertanding di situ. Itulah barangkali maksud Ezam.

Selepas ini Ezam boleh meneruskan kempennya di tempat-tempat lain sekitar Bukit Selmbau. Ezam boleh meneruskan sintemen anti-Indianya itu dalam ceramah-ceramahnya. Teruslah menyeru orang Melayu supaya jangan menyokong India sama ada mereka merupakan calon PKR, BN atau bebas, tapi sokong lah cuma calon-calon Melayu dari bebas kerana kulit mereka tidak hitam. Semoga dengan seruan Ezam ini akan menjadikan masyarakat India semakin jauh dari MIC dan BN!

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

Baginda Reformasi said...

hehe EZAM terlopeh cakap la tu.. lame sangat lam kotak tu..

salam semua..
saya perlukan pendapat anda..tq

panas-hisamudin bersilat cekak..
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

lebih panas-masjid di conteng dgn makian
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

p/s
buat banner besar2....

1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..

2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...

ok tak cadangan aku? huhu
to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.