Wednesday, March 4, 2009

Fauzi Dah Tak Tahan Melindungi Bangkai Digendung Najib ~ Ruj Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan kenyataan Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat menyiasat aduannya berhubung dakwaan perucubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat agar melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.

Beliau berkata SPRM nampaknya tidak berminat untuk bertindak terhadap Najib. Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, katanya lagi.

Dalam akuannya bertarikh 2 Februari lalu, Fauzi mendakwa Najib menawarkan RM50 juta untuk memujuknya melobi dua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti. Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Putrajaya beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas.

“Sehubungan dengan ini, saya ingin menegaskan dan mendesak pihak polis yang cukup serius menyiasat akuan bersumpah saya itu, agar segera mendakwa saya di mahkamah.

Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Adun-Adun Pakatan yang diusahakan oleh Najib,” kata Fauzi lagi.

Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak SPRM dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan.

“Jadi jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti-bukti yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN.”

Fauzi telah mencabar polis untuk mendakwanya di mahkamah. Fauzi juga menyatakan dia ada bukti yang cukup, termasuk rakaman perbualan dengan Najib mengenai percubaan menyogok. Jika pasukan polis benar-benar profesional, mereka akan menyiasat tuduhan tersebut dengan serius. Dan selepas itu, apa lagi, dakwalah Fauzi di mahkamah. Jangan biar orang percaya dengan persepsi bahawa Najib adalah manusia durjana yang sanggup buat apa saja demi mempertahankan sebuah kuasa.

Atau Fauzi sememangnya tidak akan didakwa bagi melindungi bangkai busuk yang digendung BN terburai di muka mahkamah dan baunya membusuki seluruh atmosfera politik Malaysia?

- pendikar gunung kriang

2 comments:

Brahim Nyior said...

Kita dah makin jadi kelam kabut. Saya di Perak ni, rasa semacam, nak marah ada, geram ada. Sistem demokrai dirogol dan diperkosa dengan selamba,dengan di'bantu' oleh PDRM, menyebabkan saya tambah menyampah dengan BN.

Saya nampak Najib akan naik juga jadi PM Mac ni. Sedialah Malaysia, kita menempuh bala yang tak kunjung hilang...PERCAYALAH, NAJIB ADALAH BALA!

pendikar gunung kriang said...

brahimnyior,

Sdr kata Najib adalah bala? Sebenarnya Najib lebih teruk, lebih hebat dari bala (maksud saya Balasubramniam). Lihatlah apa yg terjadi kpd Bala, hilang (atau dihilangkan) entah ke mana. Fauzi Muda ni pun kena jaga juga, takut dia pun hilang juga lepas ni macam Bala! Ingat: Najib lebih teruk, lebih hebat dari bala!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.