Saturday, March 28, 2009

Gesaan PR Diharamkan Cuma Layak Dibincangkan Di Kedai Kopi!



Seorang perwakilan UMNO yang mungkin 'pendek akal' menyatakan Pakatan Rakyat (PR) sebuah pertubuhan haram sambil menegaskan, tiada mana-mana pihak termasuk media wajar menggunakan nama tersebut.

"Tiada pendaftaran secara rasmi ... tetapi semua pihak, media, promosikan pertubuhan haram ini. Pertubuhan Pakatan Rakyat ini adalah haram, mengapa dilayan" kata Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nayan ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden hari ini.

Mungkin Nor Saidi ketika berucap terlupa PR sendiri tidak pernah mengaku ia merupakan satu pertubuhan politik seperti BN. Sebab itulah dalam pilihanraya masing-masing parti bertanding atas nama parti masing-masing, bukan atas nama PR. Sebab itulah PR tidak mempunyai satu bendera rasmi seperti BN. PR hanyalah satu pakatan dan bukannya satu gabungan politik seperti BN. Pakatan politik sebegini bukan perkara baru, ia pernah wujud di seluruh dunia untuk menghadapi satu parti yang lebih besar. Ia pernah wujud di Pakistan, India dan Indonesia bagi menghadapi parti pemerintah yang mempunyai jentera yang lebih kukuh. Jadi apa yang hendak diharamkan jika ia cuma sekadar satu pakatan longgar?

Dan suatu lagi yng peliknya ialah mengapa ketika PR yang dulunya dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA), tidak pernah pula mana-mana pihak dalam UMNO mempertikaikan nama itu, tidak pernah mana-mana pihak dalam UMNO mengesyorkan BA diharamkan? Mengapa? Jawapannya amat mudah: ketika itu BA tidak begitu menjadi ancaman kepada BN yang sangat gah dengan kekuatan luar biasanya.

Apabila ada gesaan meminta nama PR diharamkan, ia amat melucukan. Gesaan ini sebenarnya cuma layak dibincangkan di dalam kedai kopi di kampung nelayan terpencil Langkawi dan bukannya di bangunan PWTC yang tersergam indah itu!

Oleh: pendikar gunung kriang

4 comments:

Baginda Reformasi said...

PR tu setahu sy cuma panggilan yang lebih mudah, takkn nak pnggil dap,pas,pkr... kan.kan.kan.. panjang sgt.. depa gentaq pulak.. hehe kalau camtu haramkan freemason dan perkemban..

pendikar gunung kriang said...

baginda,

Begitulah org UMNO ni, dengar nama pun dah kecut. Belum lawan lagi tu...

Yang Nor Saidi ni, saya difahamkan dia pegawai kastam di Langkawi. Kata orang dia pegawai Kumpulan 'A' (gred 41 ke atas). Tapi jika kumpulan A, dia yang patut diharamkan ke PWTC sebab mengikut Perintah Am, pegawai Kumpulan 'A' tidak boleh aktif dalam politik.

Tapi saya sangat tak yakin dia Kumpulan A, idea yg dilontarkannya di PWTC itu tengoklah, lucu dan hampeh! Jika dia Kumpulan 'A', idea hampehnya memalukan geng aje!

akira8047 said...

kenapa PAKATAN RAKYAT nak diharamkan?
saya rasa sebab ada perkataan RAKYAT, sebab itu lepa suruh haramkan.
pemimpin2 lepa cukup takut dengan perkataan RAKYAT, kerana lepa dah sedar kekuatan RAKYAT dan selama ini mereka memimpin bukannya untuk rakyat tetapi hanya untuk memenuhi poket sendiri. selayaknya mereka2 ini tidak layak digelar pemimpin. title yang layak hanyalah penyamun harta rakyat.

Anonymous said...

Nor Saidi tu kerja sekali ngan aku takdelah kumpulan A tapi kumpulan B baru-baru ni je dapat kumpulan A, kalau setakat kerja kastam, dalam poket aku jer kepala hotak dia tua pa-apa hal pun lepas ni Dato' Ibrahim Jaapar kenala pi tanya dia,...nak keja kastam ke nak main politik...mengarut je la, standard apa lah buat malu kastam jer..

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.