Monday, March 9, 2009

Hishammuddin, Kami Bukan Boneka, Kami Bukan Dalang Sesiapa!


Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad dalam sidang akhbar di Rumah Pena seperti yang dipetik oleh star online berkata, "Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita... yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina saya,".

Hassan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa perhimpunan Sabtu lepas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi itu.

.................................................................................................

ULASAN PENDIKAR GUNUNG KRIANG:

Memang benar apa yang Datuk Hassan katakan itu. Kami yang hadir pada hari Sabtu lepas bukan dalang sesiapa, kami bukan boneka, kami bukan alat sesiapa.

Sesungguhnya kami pergi ke Masjid Negara dengan kesedaran sendiri, dengan semangat sendiri yang bukan dipinjam dari sesiapa. Kami pergi dengan wang pembiayaan sendiri, kenderaan yang wang petrol, wang tol, wang makan di R&R yang kesemuanya kami bayar sendiri. Kami datang sejauh ini, sebahagiannya dari Utara, Pantai Timur dan Selatan Semenanjung hanya untuk membuktikan rasa cinta membuak-buak terhadap bahasa kami. Kami mengorbankan masa untuk keluarga, kami rela mempertaruhkan mata kami untuk dipedihi asap tear gas, kami mempertaruhkan masa depan kami untuk kemungkinan disumbat ke penjara, kami melakukan segala-galanya untuk bahasa kami! Justru jangan menuduh kami boneka, kerana kami rata-ratanya manusia berilmu dan bukan lembu yang mudah dicucuk hidungnya!

Mungkin Hishammuddin menyangka kami yang hadir adalah seperti watak-watak wayang kulit yang hadir dalam majlis perjumpaan bersama Menteri dan Timbalan Menteri yang disediakan segalanya oleh kerajaan - pengangkutan percuma, makanan percuma dan duit poket untuk meramaikan majlis. Mungkin Hishammuddin menyangka kami yang hadir adalah seperti boneka dalam Perhimpunan Agung UMNO yang pemergian mereka dibiayai parti, disediakan makan dan dibekalkan duit poket. Jangan samakan kami dengan watak wayang kulit dan boneka yang kerapkali wujud dalam skrip yang disediakan UMNO. Jika Hishammuddin pernah mendalangkan orang lain atau pernah menjadi pembantu tok dalang atau pernah membonekakan orang lain, jangan ingat orang seperti kami semudah itu didalangi oleh orang-orang yang bermentaliti seperti Hishamuddin dan boneka-boneka sekitarnya.

Sekali lagi kami tegaskan, kami bukan dalang kepada sesiapa, bukan dalang UMNO, bukan dalang PAS, bukan dalang PKR. Lain kali jika hendak buat kenyataan pandang-pandanglah dengan siapa anda bercakap. Jangan sangka semua orang mudah didalangi sepertiboneka-boneka duitan di sekitar kamu!!

Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

Anonymous said...

Kih kih kih......

Sudah terang benderang lagi mau suluh dengan sport light.

Kih kih kih......

Anonymous said...

Kamu dengar apa Datuk Hassan Ahmad katakan dalam berita TV tadi: "Kami ada akal, kami ada ilmu, kami bukan monyet, kami bukan beruk yang mudah didalangi!"

Memang yang Datuk Hassan katakan itu benar. Monyet perlu diberi makan untuk buat kerja, beruk perlu dihulur pisang untuk panjat kelapa. Seperti juga dengan perwakilan Umno yg perlu diberi tambang, makan dan wang saku sebelum ke KL, kalau tak hulur, haram nak pergi!

Penunjuk perasaan tempohari memang bukan beruk dan monyet. Yang selalu menjadi beruk dan monyet ialah perwakilan Umno! Kalau tak percaya mereka macam beruk, pergilah PWTC nanti, lucu tengok aksi mereka yang sebiji macam beruk!

Anonymous said...

datuk ada akal dan ilmu tetapi menjadi bodoh sebab di perkudakan parti pr.

kira bangang lah tuh...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.