Tuesday, March 3, 2009

Inilah Pagi Terbaik Untuk Kerajaan Buktikan Malaysia Masih Berada Di Zaman Batu!!


Pagi ini bukan saja mata dan telinga rakyat Malaysia akan dihalakan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, tetapi juga mungkin juga separuh dunia tertumpu ke Ipoh. Semua nak lihat apa kesudahannya gelora politik yang belum selesai ini. Najib pasti tak lalu makan di Putrajaya sambil cuba mendapatkan perkembangan terkini di Ipoh. Pak Lah yang sedang berada di Jakarta juga pasti tak selesa menghadapi mesyuarat dalam situasi sedemikian. Semua orang hendak tahu, berjayakah kuasa polis menghalang Speaker mengadakan sidang DUN? Semua orang hendak tahu antara peluru, belantan dan gari yang menjadi senjata BN dengan gema suara rakyat, siapa yang akan menjadi pemenang?


Kita tunggulah saja beberapa jam lagi. Kita tunggulah bagaimana cara ADUN PR hendak memasuki DUN yang berkunci. Kita tunggulah saja apa alternatif yang diambil oleh wakil-wakil rakyat PR jika gagal menjalankan hak-hak demokrasi yang dilindungi oleh Perlembagaan, tetapi tidak dilindungi oleh kuasa polis. Kita tunggulah sebentar lagi sama ada sidang boleh dilakukan di tepi jalan raya, di tepi padang, di dalam kantin atau di kedai kopi.

Tapi jika mesyuarat DUN boleh diadakan di mana-mana lokasi dan tidak semestinya dalam bangunan DUN sahaja, mengapa tidak mencubanya? Masa zaman Yunani purba yang memperkenalkan demokrasi ini kepada kita, bukankah mesyuarat Parlimen mereka hanya diadakan di bawah pokok?

Jadi jika mereka terus tutup dan kunci DUN, adakan saja mesyuarat DUN di bawah pokok. Ia pasti menarik perhatian dunia. Semua akhbar dan media dunia pasti memasukkan berita sidang DUN Perak diadakan di bawah pokok seperti di zaman Socrates, Aristotle dan tokoh-tokoh Yunani purba dahulu. Pelabur-pelabur asing pasti berlumba-lumba datang ke Malaysia lepas ini untuk menyaksaikan sendiri betapa unik dan peliknya sistem demokrasi Malaysia yang msih setaraf dengan demokrasi zaman Yunani purba 3,000 tahun dahulu. Pelancong juga pasti ramai yang berminat ke Malaysia untuk menyaksikan sendiri satu-satunya negara dunia yang masih berada di zaman batu.

Jika Kerajaan Malaysia hendak buktikan kepada dunia bahawa demokrasi kita masih berada di zaman batu, inilah hari terbaik untuk berbuat demikian!!


Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

Budak Perak said...

tul2...
pggil CNN,BBC,AL JAZERA,media 1 dunia..
biar dunia tg0k dem0krasi di MALAYSIA..

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.