Wednesday, March 4, 2009

Jika Injuksi Berjaya, Adakah Najib Akan Lakukan Kudeta Di Putrajaya Pula?


Apa jadi jika injuksi yang menghalang perhimpunan agung dan pemilihan UMNO hujung bulan ini menjadi kenyataan?
Semestinya dan umum sedia maklum, sekiranya perhimpunan agung umno ini berjaya ditangguhkan sudah pasti pelan peralihan kuasa antara PM dan TPM juga tertangguh dengan sedirinya.

Jika ini terjadi, bermakna Pak Lah akan terus jadi PM dan Najib masih dengan jawatan Timbalan PM. Yang pasti ada yang berdukacita kerana tak dapat menjadi PM, sedangkan semua persiapan sudah diatur. Yang pasti ada yang menangis kerana tidak dapat jadi Wanita Pertama. Yang pasti ada yang tidak seronok kerana janji untuk mendapatkan sesuatu tidak dapat menjadi kenyataan.

Sebelum mahkamah menyampaikan berita buruk itu, Najib perlu merancang sesuatu. Beliau perlu lakukan sesuatu bagi memastikan impian menjawat jawatan Perdana Menteri tetap menjadi kenyataan. Beliau perlu lakukan sesuatu, merancang sesuatu!

Najib sudah ada pengalaman merampas kuasa (kudeta) di Ipoh, tentu tidak menjadi masalah untuk melaksanakan rampasan kuasa yang sama di Putrajaya pula. Apa yang diperlukan hanya memastkan ada penyokong yang cukup untuk berbuat demikian, ada sedikit dana sebagai 'minyak pelincir' bagi mengalihkan sokongan dan selepas segalanya beres pergi mengadap YDP Agong bagi mendapatkan watikah kepercayaan. Kemudian apa yang berlaku di Perak boleh dilakukan di peringkat Persekutuan - Pak Lah disingkirkan sebagai PM seperti apa yang dilakukan kepada Nizar di Perak pada 6 Februari lepas.

Bagi mereka yang sudah berpengalaman seperti Najib, mudah untuk melakukan rampasan kuasa, seperti mudahnya orang tertentu yang merampas isteri orang lain.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.