Sunday, March 22, 2009

Kemenangan Samy Vellu Diraikan Oleh Penyokong PR Bukit Selambau



Tengahari tadi Datuk Seri S. Samy Vellu ketawa besar lagi. Mana tidaknya, beliau sekali lagi berjaya mempertahankan jawatan Presiden MIC buat penggal ke-11 berturut-turut selepas pencalonan pesaingnya, Datuk M. Muthupalaniappan ditolak jawatankuasa pemilihan parti.

Ini kemenangan tanpa cabaran kali ke-10 bagi Samy Vellu, yang genap 73 tahun 8 Mac lalu. Kali terakhir beliau dicabar adalah pada 1989. Mandat diperoleh hari ini berkuat kuasa dari 26 Mei 2009 dan akan berakhir 25 Mei 2012. Samy Vellu memegang jawatan itu sejak 30 tahun yang lalu iaitu pada 1979.

Melihat kemenangannya itu, teringat saya perbualan dengan seorang anggota MIC Bukit Selambau yang kebetulan bergunting rambut di kedai yang sama dengan saya beberapa hari lepas. Mula-mula saya tidak berhasrat bercakap isu politik dengannya, maklum saja dia bukan kenalan saya, silap-silap haribulan mesin gunting rambut yang ada di kedai itu yang akan singgah di dahi saya! Tetapi selepas melihat cara dia bercakap yang seperti tidak suka kepada Samy Vellu, saya pun jadi berani untuk lebih berterus terang.

"Kalau Samy ada nasib baik, dia menang tidak tanding itu jawatan Presiden, Samy saja nasib baik, MIC nasib makin malang. Berita baik untuk Samy, itu maknanya berita tak baik untuk MIC", kata India yang mengaku telah menjadi ahli MIC sejak 20 tahun yang lalu itu.

Katanya sentimen pengundi India Bukit Selambau kini ialah mereka tidak menyukai MIC, kerana MIC dipimpin oleh Samy Vellu. Jika kepimpinan baru memimpin MIC mungkin sentimen pengundi berubah. Kini apa pun yang Samy Vellu buat, orang India melihatnya dengan rasa jengkel dan meluat yang teramat sangat.

"Samy memang pemimpin MIC, tapi ia aset PKR", katanya lagi, "Selagi Samy berkuasa, mood pengundi India tetap dengan PKR. Orang India sangat benci Samy, dia sudah banyak sangat tipu orang India. Kalau Samy menang Presiden MIC, saya jamin Bukit Selambau memang PKR punya!"

Dan hari ini Samy yang dibenci oleh pengundi India itu menang lagi sebagai Presiden MIC. Pengundi India Bukit Selambau seperti kata rakan yang saya kenali di kedai gunting rambut itu sudah pasti tidak sabar lagi untuk membalas dendam kepada Samy dengan tidak mengundi MIC. Jadi kepada PR, kemenangan Samy sebagai Presiden MIC tengahari tadi patut diraikan, kemenangan dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau kini sudah ada sebelah tangan. Sebelah tangan lagi ialah untuk mendapatkan undi Cina dan Melayu.

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Prof. Era Pasca said...

hehe samy vellu masuk PKR pun den taknak eh... kalau org india die tipu bulat2 ini org melayu... :) kalau die masuk PKR bagi die jawatan sebagai ahli biase tapi istimewa... kedai gunting marahle sebab samy tak datang kedai die gunting sbb asyik pki rambut palsu je... "itu quran boleh buat jalan ke" kate samy kepada TV3...

Anonymous said...

hidup sami

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.