Saturday, March 28, 2009

Kenyataan SUK Perak Mengenai Kenderaan Rasmi Nizar Meragukan!

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim seperti yang dipetik oleh Star Online berkata keengganan Menteri Besar (MB) Perak yang dipilih rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kereta rasminya sehingga kes saman beliau terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selesai diputuskan oleh mahkamah adalah satu tindakan yang salah. Beliau berkata Mohammad Nizar mesti menyerahkan kenderaan rasmi itu terlebih dahulu dan menunggu keputusan kes mahkamah selesai.

"Jika keputusan memihak kepada beliau, barulah beliau berhak ke atas kenderaan itu. Pada kelazimannya, beliau juga berhak mendapat ganti rugi yang setimpal," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Jadi Nizar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri itu hingga kesnya diputuskan oleh mahkamah? Setahu kita, kes yang menjadi pertikaian ini melibatkan dua pihak - Nizar selaku MB yang dipilih rakyat dan Zambry selaku MB yang dipilih Najib. Memandangkan ia kes yang membabitkan dua pihak mengapa satu pihak sahaja yang perlu mengembalikan kenderaannya? Bagaimana dengan kenderaan Kerajaan Negeri yang digunakan oleh Zambry sekarang? Dan bagaimana pula dengan kenderaan rasmi yang digunakan oleh EXCO di bawah Kerajaan Negeri yang dipilih Najib?

Mengikut prinsip yang diguna pakai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Nizar perlu menyerahkan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri hingga kes mahkamah selesai. Berdasarkan prinsip yang sama sepatutnya Zambry dan EXCOnya juga perlu mengembalikan kenderaan rasmi masing-masing hingga kes mereka selesai. Jika prinsip ini dilayani secara saksama kepada semua pihak yang terbabit, barulah ia nampak adil untuk semua pihak!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

bila SUK pun nak berpolitik. Semuanya jadi kacau. Kalau rasa duit gaji tu duit rakyat, dia tak buat macam tu. Mungkin si bodoh SUK tu ingat gaji dia BN yang bayar kot?

pendikar gunung kriang said...

SUK ni dulu pernah menengking Nizar di hari terakhir beliau berada di Pejabat MB. Ketika sebelum rampasan kuasa berlaku, hormat Nizar bukan main lagi.

Itulah sikap sebahagian pegawai kerajaan, terlupa gajinya dibayar oleh rakyat, bukannya oleh UMNO. Jika teringin sangat nak kerja dengan UMNO, pergilah kerja di Pejabat UMNO di PWTC.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.