Thursday, March 19, 2009

Kereta Dipecahkan, Penyokong Ali Rustam Merusuh Di Melaka Pula! ~ Malaysiakini

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 04
Dua malam lepas, penyokong Ali Rustam merusuh (meminjam istilah BN untuk perkataan 'demonstrasi') di PWTC. Kelmarin pula, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini penyokong-penyokong Ali Rustam sekali lagi merusuh - kali ini merusuh sambil berbaring di jalan, cuba menghalang Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Ali Rustam. Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.

Shamsul Iskandar memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka. Tiba-tiba keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong UMNO dalam kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya. Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 20 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.

Beliau berkata, kumpulan yang menghalangnya itu mempersoalkan tindakan beliau membuat laporan kepada SPRM serta memberi amaran kepadanya supaya "jangan jaga tepi kain orang lain".

Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak. Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.

"Kalau lembaga disiplin Umno sendiri sudah putuskan perkara itu, takkan SPRM tidak boleh siasat?" katanya.

Saya juga hairan dengan perangai penyokong-penyokong UMNO itu. Merusuh hingga memecahkan kereta orang itu satu hal, tetapi menghalang melaporkan kes Ali Rustam ke SPRM adalah satu hal lagi. Mengapa dihalang hak demokrasi rakyat Malaysia? Bila juak-juak UMNO dan penyokong-penyokong mereka yang menggelar diri sebagai NGO pelbagai nama itu membuat laporan polis dan SPRM di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan lain-lain negeri terhadap kepimpinan PR, tidak pula pernah terdengar ada halangan dari penyokong PR. Tetapi bila melibatkan pemimpin UMNO, tiba-tiba siap merusuh lagi!

Amaran penyokong-penyokong UMNO Melaka kepada Shamsul Iskandar supaya "jangan jaga tepi kain orang lain" juga sangat melucukan. Jaga tepi kain orang, jaga tepi kain orang? Seolah-olahnya penyokong-penyokong UMNO itu berkata rasuah UMNO tidak boleh diambil tahu oleh pihak lain, seolah-olahnya UMNO berkata rasuah itu adalah hak eksklusif UMNO yang pihak lain tidak perlu tahu!

"Kami nak rasuah, kami punya pasallah!," itu agaknya prinsip penyokong-penyokong UMNO itu.

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

pembangkang mmg tu lah keje dia. nak salahkan pembangkang pun tok leh.hehehehe.. kalau dia tak cuba amik kesempatan bukan pembangkang nama dia.. (specifik kat PR).

Anonymous said...

dah itu sikap dan budaya umno nak kata apa,rasuah itu umpama periuk nasi dia,tak rasuah macam tak dapat rezeki la kot....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.