Thursday, March 5, 2009

Kisah Najib Dilondeh Lagi - Siapa Paling Seronok? ~ Ruj Malaysiakini

Malaysiakini memetik laporan sebuah akhbar Perancis yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Orang yang paling tidak seronok membaca berita itu pastilah Najib, Rosmah dan mereka yang sedang berharap mendapat jawatan dan ganjaran tertentu bila Najib mula menjadi Perdana Menteri pada April ini.

Tentu ada juga yang seronok dengan pendedahan itu. Tapi siapa pula yang paling seronok - Pak Lah, Khairy, Jeanne Abdullah, Mazlan Harun dan Kadar Shah Ninam Shah?

Setakat ini Najib belum membuat sebarang ulasan terhadap berita itu.

Rupanya terlalu banyak ranjau untuk menjadi Perdana Menteri....

Oleh:
pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.