Thursday, March 5, 2009

Krisis Perak: Akhirnya Syed Hamid Mengaku Polis Tersilap

Akhirnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengakui bahawa polis berkemungkinan melakukan beberapa kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik di Perak dua hari lepas.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam bahawa pihak polis tidak bertindak adil semasa menjalankan tugas mereka menyuraikan ADUN Perak dari bersidang.

"Jika kita kaji keadaan itu sepenuhnya, kita dapat lihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis, tetapi saya fikir Majlis Peguam sepatutnya melihat keadaan itu dari sudut undang-undang. Undang-undang adalah undang-undang-undang dan apabila kita dipilih kita tidak (boleh) berada di atas undang-undang", kata Syed Hamid seperti yang dilaporkan dalam star online.

Semoga selepas menyedari kesilapan yang dilakukan polis, Syed Hamid tidak akan membiarkan kesilapan yang sama diulangi lagi di mana-mana lokasi selepas ini.

Pada hari Sabtu ini perhimpunan membantah PPSMI akan diadakan di ibu kota. Harap polis tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang dilakukan di Ipoh 2 hari lalu itu lagi!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.