Sunday, March 8, 2009

Wanginya Tear Gas Yang Ku Hirup Di Sore Kelmarin!


Maaf kelmarin tidak dapat bersiaran kerana bersama 50,000 patriot negara bermain-main asap tear gas bersama FRU dalam perhimpunan anti-PPSMI. Sampai ke rumahku di Alor Setar pun sudah dinihari, maklum saja kami pergi bukan naik BMW atau Merc. Selain itu berhenti banyak kali kerana badan letih dan lelah.


Tapi apapun, sementara menikmati udara dingin atas lebuhraya PLUS, sempat juga ilham menjenguk untuk mencipta sekuntum puisi mengimbau kenangan menghirup tear gas FRU bertopi merah itu:



WANGINYA TEAR GAS YANG KU HIRUP DI SORE INI

Dengan langkah perwira kita mara ke istana
sederap langkah jantan kita bersama berpimpin tangan
demi jati diri sebuah bangsa merdeka
demi mempertahankan sebuah bahasa yang mereka injak dan lanyak
kita tidak gentar dihimpit si-topi merah yang garang dan amarah
malah kita tidak peduli risiko tangan digari.

Betapa bangganya aku hari ini
bersama sasterawan, bersama pemimpin, bersama rakan
bersama pemuda, bersama warga berusia
bersama wanita cekal, bersama anak-anak nakal
kini sebuah sejarah telah tercipta
mendaulatkan bahasa yang selama ini mereka pijak dan hina.

Betapa wanginya tear gas yang ku hirup di sore ini, Musa
batapa wanginya ia
tidakkah kau nampak, Musa
asap putih itu gagal meluntur semanagat kami
tidakkah kau dengar, Hishamuddin
mata yang kepedihan ini tidak menjadikan kami buta
kerana kami mengerti
PPSMI hanya satu projek gila
hasil kerja manusia hati dangkal dan pendek akal.

Terima kasih, Musa

menghadiahkan tear gas ini yang sungguh wangi
ia menjadi penyuntik keberanian yang kian ranum berputik
kami percaya bahasa jiwa bangsa
dan kami tidak pernah peduli
biarlah topi merah itu terus menggila
biar seribu tear gas kau lontar
namun kami tidak peduli
demi bahasa yang tidak bisa dibunuh mati!

Oleh: pendikar gunung kriang



8 comments:

Anonymous said...

KWAH KWAH KWAH.....

PADAN MUKA KAU...

PADAN MUKA ORANG KUAT NGO...

TAPI, MANA PERGI BOS PR???.

KWAH KWAH KWAH.

LEPAK DAN BUAT TAIK MATA DLAM HOTEL...

KWAH KWAH KWAH.

Anonymous said...

si "ano..." diatas adalah contoh produk UMNO/BN yg bacul dan pengecut menghina pejuang agama dan bangsa semata-mata bertuhankan perut barai dan golongan spesis "satu telinga, dua lidah(bercabang), barai" tidak mengenal halal haram disisi Allah swt.

Anonymous said...

memang "Ano" yang pertama tu berpikiran ahli UMNO yang tidak mempunyai pelajaran yang baik... orang kata bodoh.. celaka.. dia nak marah... tapi tulah hakikat orang UMNO.. Bodoh sombong dan bongkak macam orang YAHUDI..

ISU BAHASA bukan isu politik... Bangang... Ini isu semua rakyat...

Teruskan perjuangan wahai PEJUANG BAHASA!!!

pendikar gunung kriang said...

Saya rasa saya kenal si-ano yg pertama itu.Bahasa "kwah..kwah...kwah" begitu sinonim dgn dirinya. Jangan sembunyi di balik identiti "anom", aku kenai hang.....

Anonymous said...

ni semua politik pembangkang yang taknak tengok bangsa melayu pandai! mana bangsa lain?

Anonymous said...

dapat apa yer? tidak dapat apa-apa kan? Anwar Ibrahim di mana? Anwar sekarang berada di BALI bersama Wan Azizah. Anwar beseronok RAKYAT yang menderita. Dari 50,000 orang yang berkumpul nyatkan jumlah yang betul-betul mahir menggunkan bahasa Inggeris dengan fasih dan mahir? Dan berapa orangkah yang mempunyai IJAZAH pada hari tersebut? Berapa orangkah INDIA dan Cina pada hari tersebut?

pendikar gunung kriang said...

Ramai yang dikelirukan antara PPSMI dan kemahiran menguasai Bahasa Inggeris (BI). Menentang PPSMI bukan bererti menentang penggunaan BI. Datuk A. Samad Said dan pemimpin-pemimpin di barisan hadapan demonstrasi kelmarin adalah mereka yang begitu mahir berbahasa Inggeris, tetapi mereka menentang PPSMI kerana mereka melihat kepentingan BM, kepentingan negara dan kepentingan generasi akan datang.

Masalah pelajar Melayu ialah masalah penguasaan BI, oleh itu carilah jalan menguasai BI bukan libatkan mata pelajaran Sains dan Matematik bagi memahirkan penguasaan BI. Tumpukan kepada kemahiran membaca, kemudian mendengar dalam BI. Kemudian peringkatkan bahan bacaan seterusnya menguasai kemahiran yang lain. Kaedah cuba-cuba atau dalam BI ‘trial and error’ adalah sangat bahaya kerana ia melibatkan generasi manusia. Ditakuti anak-anak yang diharapkan dapat menguasai Sains dan Matematik dan memperbaiki BI, menjadi merosot ketiga-tiga subjek tersebut.

Antara alternatif untuk menambah kemahiran penguasaan BI ialah dengan menambah masa pengajaran subjek BI atau jika perlu mewjibkan subjek English Literature yang mengajar kita kemahiran menulis, bercakap dan menguasai BI dengan lebih baik di peringkat bawah lagi.

Mereka yang masih terkeliru bahawa menentang PPSMI ialah menentang Bahasa Inggeris melakukan kesilapan besar kerana terpengaruh dengan dakyah cetek dan tahyul karut beberapa kerat pemimpin yang hendak mempertahankan status quo mereka.

Selama tujuh tahun kita telah tersilap dan wajarkah kita menambah luka dan kesilapan yang ada?

Anonymous said...

UNTUK ANON 1227,

LEBIH BAIK JADI YAHUDI YANG BERSATU PADU DALAM SEMUA HAL,
DARIPADA MENJADI PALESTINE YANG HARU BIRU BERPECAH BELAH ANTARA KAUM.

ITU YANG KAU NAK KAN????.
OK, JOM BUAT.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.