Saturday, March 28, 2009

Mahathir Kembali Jadi Ahli UMNO: Terima Kasih Tun Mempercepatkan Pereputan UMNO!!



Kabarnya mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammed yang menghadiri sidang agung UMNO sebentar tadi mengumumkan akan kembali menjadi ahli UMNO semula. Pasti berita itu disambut baik oleh ahli UMNO yang mengharapkan kembalinya Dr Mahathir akan memperkuatkan kembali parti yang tertua di Malaysia itu.


Berita kembalinya Dr Mahathir itu juga pasti disambut dengan rasa teramat gembira oleh penyokong PR. Bagaimana tak gembira, UMNO yang bakal dipimpin oleh seorang manusia yang dipenuhi pelbagai skandal, diperkuatkan oleh Ketua Pemuda yang kini digelar 'ketua perasuah', diperindah pula oleh Ketua Wanita yang bukan pilihan rakyat mana-mana kawasan dan kini Dr Mahathir yang banyak menyimpan sejarah hitam sepanjang pemerintahannya dahulu mungkin akan menjadi penasihat parti itu, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Dengan itu, UMNO dengan wajah barunya selepas perhimpunan agung ini akan memperlihatkan wajahnya yang jauh lebih comot dan buruk dari dahulu!!

Justru jika Dr Mahathir kembali dalam UMNO dipercayai ia mempercepatkan proses pereputan parti yang sedang menuju zaman-zaman akhirnya itu. Para pendokong PR pasti bersorak dengan kembalinya Dr Mahathir ke dalam UMNO, UMNO yang buruk akan kelihatan semakin buruk selepas ini. Sebelum terlambat tentu ada yang ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir: Terima kasih Tun kerana mempercepatkan majlis mentalqinkan UMNO!

Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

Anonymous said...

PR SEBENARNYA CEMBURU DENGAN KEJADIAN YANG BERLAKU PADA UMNO SEKARANG INI, TAMBAH LAGI KEMASUKAN TUN KEMBALI.
NAMPAKNYA PR AKAN MELINGKUPLAH JAWABNYA.
AMIN.......

Anonymous said...

Kenapa pulaknya...Tun M dah tadbir negara ni 26 tahun beb..sapa yg paling layak dipersalahkan kalau bun Tun M,..yg pinda perlembagaan kuasa raja-raja bukan ke Tun M, yg perang habis-habisan pd kelantan dan Pas bukan ke Tun M, alahh...mcm-mcm lagilah, kalau nak cerita...ingat sela mana 'kuku besi' Tun m boleh pakai lagi,...tolonglah brader, PR lagi suka dan sangat suka, pasal banyak benda boleh kasi keluar, kasi pecccaaaah la sama itu UMNO hu..hu..hu..

Anonymous said...

Aku takkan lupa peristiwa berdarah Memali di Kedah, masa tu aku kecik tapi Tun M akan kena jawap di akhirat nanti, harap - harap jumpalah dengan roh dorg semua di sana...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.