Tuesday, March 24, 2009

Malam Tadi Hanpa Tembak Kami Dengan Gas, 7 Haribulan Nanti Kami Tembak Hanpa Dengan Undi Pula!


Malam tadi seperti semua orang tahu, polis unit FRU dan SB merusuh lagi. Kali ini lokasi polis merusuh di Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu pada jam 9.40 malam dalam majlis ceramah anjuran KeADILan untuk memperkenalkan calon pilihanrayanya.


Majlis ceramah yang mengundang Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Razak pada mulanya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat-saat akhir. Menteri Besar yang dalam perjalanan bagaimanapun belum tiba ke tempat ceramah sebelum ia disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis. Isunya ialah permit polis sudah dapat, tapi kemudian ia dibatalkan di saat-saat akhir (mungkin selepas melihat respons kehadiran yang begitu ramai), jadi ia salah siapa? Salah PR dan rakyat atau salah pihak yang membatalkan permit?

Isu kedua, siapa pihak yang mengarahkan pembatalan permit di saat-saat akhir itu? Sejak beberapa hari lepas beberapa ceramah PR telah diadakan sekitar Sungai Petani, tapi tiada masalah pun. Polis juga memberi kerjasama yang baik. Sebenarnya orang yang datang bepusu-pusu itu hendak mendengar ceramah, bukannya hendak buat kacau. Jika polis tidak diarahkan untuk buat kacau, jika polis tidak diarahkan untuk merusuh, pastinya tidak akan jadi apa-apa.

Tapi siapa punya angkara yang mengarahkan permit polis itu dibatalkan? Rasanya ia bukan kerja polis, polis cuma alat untuk melaksanakan arahan. Polis merusuh bukan kerana mereka suka berbuat demikian, tapi apa daya, mereka diarah dan dibayar gaji untuk melakukan pelbagai tugas, termasuk merusuh, jadi apa nak buat? Ini pasti kerja orang politik yang takut dengan sentimen rakyat yang menolak mereka. Dan malam tadi kehadiran rakyat menjadi semakin ramai selepas mereka tahu Harakah dan Suara Keadilan digantung permitnya. Ramai yang datang untuk memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin mereka, selain ingin menyatakan rasa tidak puas hati dengan gaya pemerintahan yang seperti condong kepada diktatorisme itu.

Tapi tak apalah, ini hari mereka, esok hari kita pula. Ini hari kerajaan tunjuk kuasa, nanti akan ada hari untuk rakyat tunjuk kuasa pula. Seperti kata seorang rakan, "Malam tadi hanpa tembak kami dengan gas, tunggulah nanti kami tembak hanpa dengan undi pula. Tunggu sajalah 7 April nanti!"

Oleh: pendikar gunung kriang

4 comments:

Anonymous said...

KAYU BETUL...
APA KENA MENGENANYA...

YANG ITU PERHIMPUNAN HARAM...
TAK TAU KE, ATAU TAK SEKOLAH?.

ITU POLIS PUNYA HAL BUKAN UMNO PUNYA SEBAB..
JANGAN NAK KAITKAN..HARU BETUL...

Anonymous said...

calon bn bkt gantang pakai rantai leher..metro ahad 15/3/09 m/s 12....lepas menang pakai subang plak..huhu

mek jenab said...

Ah ah betoi la, sy pun prasan jgk gambar calon BN tu.

pendikar gunung kriang said...

Ini zaman ramai lelaki nak jadi pompuan. Artis-artis yg nampak jantan itu pun berlumba-lumba nak berlakon jadi pondan, antaranya Jalaluddin Hasan dan terbaru Norman Hakim. Orang jantan yg teringin sangat nak jadi pompuan macam calon BN tu patut dikembiri saja!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.