Tuesday, March 3, 2009

Malaysia Boleh - Mesyuarat DUN Sedang Berlangsung Di Bawah Pokok!

Kira-kira jam 10.15 pagi, Speaker DUN Perak, S.Sivakumar yang lengkap berpakaian sebagai Speaker memaklumkan kepada wakil rakyat yang hadir bahawa sidang tergempar akan diadakan di kawasan lapang kira-kira 200 meter dari bangunan SUK.

Adakan mesyuarat DUN di kawasan lapang di bawah pokok? Bagus...bagus....Sekarang lensa TV seluruh dunia - CNN, BBC, Al-Jazeera dan lain-lain sedang menumpukan lensa kamera mereka kepada mesyuarat yang dilangsungkan di kawasan lapang di bawah pokok.

Tahniah, Kerajaan Malaysia, pagi ini kita telah membuktikan kepada dunia, Malaysia masih berada di zaman batu!! Malaysia Boleh!!!

5 comments:

farrah said...

Salam. Tolong include gambar sekali, boleh? Teringin nak tengok sendiri tanpa menerusi berita di TV.

Anonymous said...

criter angin jer...!
abuk pun tarak.

Budak Perak said...

bg gambar skali...

pendikar gunung kriang said...

Kalau nak tengok mesyuarat di bawah pokok sebagaimana yg dijalankan di zaman Yunani purba 3,000 tahun dahulu itu tontonlah Al-Jazeera, CNN, BBC dll. Berita RTM & TV3 jam 11.00 pagi tadi tak ada berita mengenainya. Maklumlah sedang menanggung malu yang amat sangat melihat Malaysia yg telah kerajaan letakkan di zaman batu!

Tahniah kepada BN. Hari ini dunia sedang mentertawakan kita. Malaysia boleh!!

Anonymous said...

MANO ADO, EDEN TENGOK SEMUO STESEN YANG PGK SOBUT..!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.