Saturday, March 14, 2009

Misteri Air Mata Datuk Norza ~ Malaysiakini



Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh kelmarin atas dua
tuduhan rasuah dikatakan oleh Malaysiakini sebak dan menitiskan air mata atas perkara yang berlaku ke atas dirinya kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti dan masyarakat.
Mohamad Norza yang ditenangkan oleh beberapa pengikutnya, berkata beliau akan akur dengan apa jua keputusan mahkamah berhubung kes itu nanti.

Menitiskan air mata...sedih....sebak!! Mengapa menitiskan air mata, sedih dan sebak? Kerana takut kehilangan jawatan barangkali, kerana takut kehilangan kuasa barangkali, kerana takut kehilangan peluang (menambah kekayaan) barangkali.

Sebak bukan kerana takut kehilangan peluang berkhidmat kepada masyarakat, kerana di mana pun kita berada selagi nyawa di kandung badan, kita masih bisa berkhidmat kepada masyarakat dengan cara tersendiri. Hatta, jika disumbat ke dalam penjara berjeriji besi dan bertembok kukuh pun, masih ada peluang berkhidmat dengan masyarakat sekitar - berkhidmat dengan rakan banduan dan berkhidmat dengan warder penjara.

Jadi jangan takut tidak dapat berkhidmat lagi kepada masyarakat. Jadi jangan menangis, jangan sebak, jangan pilu Datuk! Nanti orang kata air mata itu tidak ikhlas, air mata buaya (crocodile tears)!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.