Thursday, March 19, 2009

Muhd Taib Individu Paling Sesuai Jadi Timbalan Presiden UMNO


Calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dilihat mempunyai peluang untuk memenangi jawatan itu pada pemilihan parti minggu depan kata Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman.

Beliau berkata, Muhammad Taib mungkin akan mendapat 'undi terpijak' daripada penyokong Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin melucutkan kelayakannya untuk bertanding.

"Peluang Muhammad Taib secara tidak langsung sangat cerah untuk menang dalam pemilihan nanti," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ahmad, penyokong Mohd Ali berkemungkinan menyalurkan perasaan marah mereka dengan cara memberikan kemenangan kepada Muhd Taib.

"Cara mereka tunjukkan perasaan marah saya yakin tidaklah sampai hendak keluar parti, sebalinya mereka pasti akan berikan kemenangan kepada calon bukan pilihan," katanya.

"Saya fikir mereka tidak akan pilih Muhyiddin bukan sebab mereka tidak suka beliau, tapi kerana sebelum ini Mohd Ali dan Muhyiddin dilihat calon pilihan bagi jawatan berkenaan. Jadi logiknya, untuk puaskan hati, pasti mereka akan undi calon 'underdog' bagi elakkan calon yang satu lagi menang," katanya.

(Sumber: Star Online)

Komen pendikar gunung kriang: Pandangan Dr Ahmad itu berdasarkan pendekatan saikologi manusia yang lazimnya dalam keadaan geram sanggup melakukan sesuatu di luar pertimbangan biasa, asalkan hati puas. Yang penting hati puas!

Apa akan jadi jika Muhd Taib menjadi Timbalan Presiden UMNO? Mengikut tradisi UMNO, Timbalan Presiden ialah Timbalan Perdana Menteri. Pasti ramai yang akan berkata: apa, Muhd Taib yang banyak dipaliti pelbagai rekod hitam itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia?

Apa, tak bolehkah orang yang bergelumang dengan rekod hitam silam menjadi Timbalan Perdana Menteri? Bagi ramai orang yang mengenali Najib, tentu mereka bersetuju pasangan yang paling cucuk untuk beliau ialah Muhd Taib. Sejarah Najib sendiri diselimuti dengan pelbagai rekod hitam, jadi bukankah lebih sesuai beliau berpasangan dengan individu yang juga memegang banyak rekod hitam? Jadi dalam hal ini, pasangan yang paling sesuai untuk Najib yang berekod hitam itu ialah Muhd Taib yang juga punya banyak rekod hitam. Ngam dan ngam!!

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.