Monday, March 23, 2009

Pak Lah Minta Si-Kotor Jangan Bermain Kotor!!

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata taktik kotor termasuk penyebaran SMS berbentuk fitnah dan usaha memburukkan orang lain perlu dihentikan menjelang pemilihan Umno.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata ia tidak sepatutnya menjadi cara bagi menyebabkan mana-mana calon yang bertanding merebut jawatan dalam parti kalah.

“Mereka yang menjadi mangsa boleh mengemukakan aduan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke Kuwait di sini malam tadi.

(Sumber: Utusan Malaysia)

*************************************************************************************

Komen pendikar gunung kriang:

Apa, Pak Lah nasihatkan anggota UMNO supaya jangan main kotor bagi memilih pemimpin mereka? Bukankah dalam setiap pilihanraya anggota UMNO/BN dilatih untuk bermain kotor ketika berhadapan dengan pembangkang? Bukankah dalam setiap pilihanraya anggota UMNO/BN dilatih untuk menghulurkan wang, kain pelikat, kain batik dan beras kepada pengundi? Bukankah dalam setiap pilihanraya UMNO/BN mengumpan projek mi segera untuk mengenyang perut dan membutakan hati pengundi? Bukankah dalam setiap pilihanraya ada 'bekas ahli PR' yang memasuki BN, walaupun 'ahli' itu tidak mempunyai rekod keahlian dengan mana-mana parti gabungan PR? Bukankah dalam setiap pilihanraya media diarah untuk membesar-besarkan berita negatif PR dan menyembunyikan kecelaan BN? Bukankah dalam setiap pilihnraya banyak penipuan-penipuan lain yang kotor telah dihidangkan untuk memburukkan PR?

Jika anggota UMNO telah diajar bermain kotor untuk melemahkan pembangkang, jangan hairan jika senjata yang sama digunakan untuk mereka menembak sesama sendiri. Taktik kotor telah lama menjadi budaya UMNO dan ia hanya mungkin dapat dihapuskan jika UMNO tiada lagi di muka bumi ini.

Apabila Pak Lah mengajak ahli UMNO jangan bermain kotor ia seolah-olah tindakan seorang ayah yang menyuruh anaknya yang berpakaian kotor supaya jangan bermain kotor!


1 comment:

Seladang said...

Polis mana Pak Lah nak minta adukan? Polis Malaysia ke atau Polis Monggolia? Tumpang tanya aja.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.