Monday, March 16, 2009

Pak Samad: Ayuh Pengundi, Gunakan Peluru Undi Anda Untuk Mengajar Si-Bongkak dan Si-Sombong Itu!!


Memang benar kata Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, seperti yang tersiar dalam KedahLanie: Rugilah kepada sesiapa yang tidak ke Seri Mentaloon malam tadi. Rugilah kepada sesiapa yang tidak mendengar suara lembut dan santun Pak Samad Ismail yang mengisytiharkan 'perang' kepada UMNO/BN yang mengkhianati amanat rakyat dengan melaksnakan PPSMI.


"Saya minta tuan-tuan sekelian gunakan kuasa undi tuan-tuan untuk tidak mengundi UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya di negara ini”, kata Pak Samad dalam ucapannya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin itu.

”Saya akan pergi ke mana sahaja saya dipanggil dan dijemput, dengan syarat tuan-tuan tidak mengundi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Saya perlukan undi tuan-tuan itu untuk melawan pemimpin politik yang bongkak dan sombong, yang membunuh bahasa saya. Saya namakan perlawanan ini perlawanan antara pemimpin politik yang angkuh melawan pemimpin budayawan yang santun. Saya minta tuan-tuan yang hadir pada malam ini menggunakan undi tuan-tuan untuk tidak mengundi UMNO dalam mana-mana pilihanraya dalam negara ini”.


"Saya tidak diperalatkan, malah saya dimanfaatkan. Saya akan naik ke mana-mana pentas keranan saya sedar saya memerlukan pentas. Saya sifatkan penglibatan saya di pentas politik sebagai win win situation kerana saya tidak rugi dan parti mendapat manfaat. Hanya ada dua parti politik yang boleh dipercayai oleh seluruh rakyat negara pada waktu ini iaitu PAS dan PKR. Jangan terpedaya lagi dengan UMNO dan BN. Bahasa Melayu adalah bahasa saya, saya amat yakin kepada bahasa saya sebagai bahasa tinggi untuk ilmu pengetahuan. Bahasa ini tidak lagi diyakini oleh UMNO".

"Kalau ada pemimpin UMNO datang berceramah di tempat tuan-tuan, jeritkan kepada mereka 'berceramahlah dalam bahasa Inggeris, itu yang kamu mahu! Kerana mereka terlalu gila kepada bahasa itu, sila gunakan Bahasa Inggeris dalam Perhimpunan Agung UMNO pada hujung bulan ini!" cabar beliau.

Ucapan selama 45 minit Pak Samad itu diselangi dengan bacaan puisi-puisi beliau sejak tahun 1996 hingga 2003 berkaitan pengkhianatan bahasa dan sekolah agama rakyat yang dibunuh oleh pemimpin UMNO dan BN. Beliau berkata tidak dapat melupakan tahun 2003, tahun di mana Dr Mahathir dengan kejamnya menghiris jantung Bahasa Kebangsaan dengan melaksanakan PPSMI.

Selain dari Pak Samad, turut berucap dan mendeklamasikan sajak dan puisi ialah Azizi Hj Abdullah, Salleh Bakar, Ahmad Kasim dan Presiden TERAS, Hj Mohd Azmi Hamid.

Kepada pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai dari berbilang kaum yang menyintai Bahasa Kebangsaan, ingatlah pesanan Pak Samad itu. Ingat: gunakan undi anda sebagai peluru untuk mengajar pemimpin-pemimpin politik yang bongkak dan sombong itu!!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.