Sunday, March 8, 2009

Perarakan Anti-PPSMI: PM, TPM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelajaran dan Ketua Polis Negara Penderhaka Raja!!


Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap rakyat yang berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai menderhaka terhadap raja.


Ini kerana pihak istana telah memperkenankan pimpinan GMP menyerahkan memorandum tersebut dan diiringi rakyat yang turut membantah dasar tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan PAS mengecam dan kesal dengan tindakan zalim pasukan keselamatan terhadap rakyat yang menyatakan bantahan mereka terhadap dasar yang secara halus sedang membunuh bahasa Melayu.

"Isu ini merupakan isu yang disepakati oleh semua parti bukan hanya dari kalangan Pakatan Rakyat.

"Di kalangan pemimpin Umno bukan sedikit yang menentang dasar sia-sia ini dan mendesak agar ia dihapuskan," tegas beliau.

Lebih mengecewakan tegas beliau, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.

Perarakan bermula dari Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni pada pukul 2.00 petang diketuai oleh Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang memakai baju melayu berwarna merah jambu.

Pimpinan PAS Pusat turut sama berarak ke Istana bagi memberikan sokongan terhadap rakyat yang membantah dasar tersebut. Pimpinan PAS diketuai oleh Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang; Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Penerangan, Dato' Mahfuz Omar dan Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli. Selain itu beberapa ahli parlimen PAS turut kelihatan berarak ke Istana seperti Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain lagi.

(Sumber: Harakahdaily)


Komen pendikar gunung kriang:

Bukan sahaja FRU yang menderhaka kepada Raja, tetapi ia juga melibatkan semua pihak yang merestui, mengetahui dan tidak menghalang tindakan FRU itu. Ini termasuk Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelajaran, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ada sesiapa yang hendak buat laporan polis ke terhadap Menteri-Menteri dan KPN yang menjadi penderhaka Raja itu?

3 comments:

Anonymous said...

HAHAHAHA....

BANGANG....

Anonymous said...

apa nak sibuk-sibuk sangat pasal pelajaran matermatik dan sains dalam bahasa inggeris kalau bahasa al quran pun takder sape nak bermati-matian nak memperjuangan…
bahasa melayu tu bukan bahasa a'jam ke? Sama sahaja bahasa melayu atau inggeris…dua-dua pun bukan bahasa al quran..
moral: tak ada salahnya guna bahasa apa pun asalkan untuk kebaikkan semua…Cuma pentingkan juga bahasa arab untuk memahami al quran…sebagai salah seorang penjaga ketuanan melayu…
kami sokong juga bahasa melayu di utamakan di Malaysia ini namun kami juga fikir tidak ada salahnya menguasai bahasa inggeris agar orang melayu lebih cerdik pandai..yang patut dituntut adalah 'demo' menambah ilmu bukan demo membuang ilmu…bahasa inggeris itu juga adalah ilmu, bukan?
Yang patut dituntut atau di demo adalah kembalikan pelajaran sejarah tanah melayu dan sejarah islam di semua sekolah termasuklah di sekolah bukan kebangsaan….buta sejarah tumpul akal…Al Quran juga mengajar kita dengan perumpamaan-perumpamaannya melalui sejarah-sejarah lampau…
fikirkan.

pendikar gunung kriang said...

Ramai yang dikelirukan antara PPSMI dan kemahiran menguasai Bahasa Inggeris (BI). Menentang PPSMI bukan bererti menentang penggunaan BI. Datuk A. Samad Said dan pemimpin-pemimpin di barisan hadapan demonstrasi kelmarin adalah mereka yang begitu mahir berbahasa Inggeris, tetapi mereka menentang PPSMI kerana mereka melihat kepentingan BM, kepentingan negara dan kepentingan generasi akan datang.

Masalah pelajar Melayu ialah masalah penguasaan BI, oleh itu carilah jalan menguasai BI bukan libatkan mata pelajaran Sains dan Matematik bagi memahirkan penguasaan BI. Tumpukan kepada kemahiran membaca, kemudian mendengar dalam BI. Kemudian peringkatkan bahan bacaan seterusnya menguasai kemahiran yang lain. Kaedah cuba-cuba atau dalam BI ‘trial and error’ adalah sangat bahaya kerana ia melibatkan generasi manusia. Dikhuatiri anak-anak yang diharapkan dapat menguasai Sains dan Matematik dan memperbaiki BI, menjadi merosot ketiga-tiga subjek tersebut.

Antara alternatif untuk menambah kemahiran penguasaan BI ialah dengan menambah masa pengajaran subjek BI atau jika perlu mewjibkan subjek English Literature yang mengajar kita kemahiran menulis, bercakap dan menguasai BI dengan lebih baik di peringkat bawah lagi.

Mereka yang masih terkeliru bahawa menentang PPSMI ialah menentang Bahasa Inggeris telah melakukan kesilapan besar kerana terpengaruh dengan dakyah cetek dan tahyul karut beberapa kerat pemimpin yang hendak mempertahankan status quo mereka. Sekali lagi saya katakan kami tidak menentang BI, kami cuma menentang PPSMI!

Selama 7 tahun sistem pendidikan kita telah dibawa ke arah yng salah. Belum terlewat untuk memperbaikinya sebelum ia kian parah.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.