Saturday, March 21, 2009

Politik Busuk Ala Machavelli Sudah Bermula Di Bukit Gantang

Politik ala-Macheivelli yang menyatakan 'tujuan mengahalalkan cara' sudah bermula di Bukit Gantang. Yang terbaru seperti yang tersiar dalam beberapa blog ialah penyebaran poster dalam saiz B5 yang memaparkan gambar Mufti Perak dan Sultan Perak yang dicetak serta digambarkan dengan wajah yang sungguh hina!

Bagi mereka yang berfikiran waras, tidak mungkin penyebaran poster itu dilakukan oleh penyokong PR. Jika ada juga penyokong PR yang melakukannya, pastinya ia manusia tidak siuman atau warga UFO yang tersesat di Bukit Gantang barangkali! Jika penyokong PR yang melakukannya memang sengaja mencari nahas untuk membunuh pakatan itu! Kepada mereka yang berfikiran waras ia adalah bukti satu lagi provokasi yang dilakukan untuk memburukkan PR. Tidak ubah seperti cerita surat layang yang memburukkan Sultan Kedah untuk memburukkan Kerajaan PR Kedah. Mengapa mereka sanggup menghina Sultan dan Mufti Perak yang tiada kena mengena dengan pilihan raya kecil ini? Jelas sekali penyebaran poster itu berniat sangat jahat untuk 'mengena' PR!



Mengikut al-banjari dalam blognya, berdasarkan laporan saksi, suspek yang menyebarkan risalah secara by-hand di perkarangan masjid jamek Trong itu turut serta menyebarkannya secara rawak kepada orang ramai. Ia dipercayai dilakukan oleh individu berbangsa Melayu berumur dalam lingkungan 50an. Apabila saksi mendekati suspek, beliau dengan pantas melarikan diri.

PR telah membuat laporan polis terhadap penyebaran poster yang menjijikkan itu. Diharap pihak polis dapat melakukan siasatan bagi memastikan mereka yang menyebarkan poster itu menerima hukuman sewajarnya. Kepada pengundi diharap tidak membuat kesimpulan melulu pihak yang bertanggung jawab menyebarkan poster sehina itu. Biar polis menyiasatnya. Kita perlu ingat dalam politik ala-Machievelli ini, tujuan menghalakan cara. Demi kemenangan, permainan sekotor mana pun rela dilakukan asalkan musuh dapat dimusnahkan.

Jika TV3 dan media arus perdana lain dapat menghidu berita ini, ia akan menjadi satu lagi modal terbaik untuk memburukkan PR. Dalam politik ala Macheivelli ini, semua boleh jadi.

33

51


7

1 comment:

Anonymous said...

jangan jadi macam kat bukit lanjan, alih2 orang pkr jua yang buat hal.

jangan tuduh sesiapa kalau tak tau apa2.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.