Friday, March 6, 2009

RM70,000 Yang Dicekup SPRM Tu Kepunyaan Setiausaha Politik Azalina Atau Kepunyaan ......


Rupanya Setiausaha Politik (SUP) yang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat malam Rabu lalu berhubung dakwaan wang rasuah politik melibatkan lebih RM70,000 ialah SUP Datuk Azlina Othman Said. Difahamkan lelaki tersebut ditahan lewat malam Rabu lalu dan dibebaskan beberapa jam kemudian selepas SPRM merekodkan kenyataan daripadanya.

SUP Azalina itu berasal dari Kelantan dan pernah menjadi wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila menang dalam pilihan raya umum 2004. Ideniti setiasuaha politik ini telahpun disahkan oleh salah seorang pegawai pejabat Perdana Menteri.

Penahanan SUP Azalina itu sedikit sebanyak pasti menjejaskan imej Azalina yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Membaca berita itu teringat saya dengan seorang rakan yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) seorang Menteri. Katanya adalah perkara biasa dia membawa wang tunai yang banyak kepunyan bossnya (Menteri berkenaan). Wang yang banyak itu untuk pelbagai tujuan berkaitan keperluan juak-juak, penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi setianya yang perlu dijaga setiap masa.

Saya pernah bertanya rakan itu: adakah wang yang banyak itu kepunyaan Menteri itu sendiri? Dia menceritakan sesuatu kepada saya mengenai sumbernya, yang sebenarnya saya pun dah agak!

Kini rakan saya itu yang merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah naik pangkat dan tidak lagi menjawat jawatan SUSK. Dia pernah berkata sangat seronok dapat naik poangkat, bukan kerana dapat gaji dan elaun yang lebih, tetapi dapat keluar dari mulut harimau dan dapat lari dari bersekongkol dengan pelbagai salahlaku bossnya.

Mengenai rasuah politik RM70,000 itu tidak pasti sama ada ia kepunyaan Setiausaha Politik itu sendiri atau kepunyaan Azalina. Tidak pasti juga sama ada ia wang yang diterima dari sesuatu pihak atau untuk dihulurkan kepada pihak lain. Itu kerja SPRM untuk menyiasatnya.

Tapi jika Menteri bawa wang di bawah RM100,000 ia satu jumlah yang nampak sedikit benar. Muhammad Taib dulu bawa wang tunai ke Australia lagi banyak - A$1.26 juta!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.