Wednesday, March 18, 2009

Selamat Hari Lahir Ke-52 Nizar!


Semalam merupakan hari jadi Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang ke 52. Pada tarikh yang sama pada tahun lalu (17 Mac 2008) beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang ke 10 sekaligus menandakan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini setahun yang lalu.

Nizar telah diraikan secara mengejut oleh Adun Sitiawan yang juga Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming beserta beberapa adun lagi di bawah 'pokok demokrasi' iaitu di tempat berlangsungnya Sidang DUN yang mencipta sejarah baru-baru ini.

Meskipun hujan majlis ringkas tersebut disambut meriah yang turut dihadiri oleh ramai tetamu termasuk para wartawan. Dalam majlis itu Nizar telah dihadiahkan dengan sebiji kek yang tertulis 'Hidup Rakyat' serta beberapa hadiah yang lain di samping hadirin mengucapkan selamat kepada beliau. Nizar yang cukup terharu dengan sambutan yang diberikan kepadanya, merasa amat berbesar hati dan mengucapkan berterima kasih kepada semua yang hadir.

Seluruh pimpinan Pakatan rakyat, penyokong penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat negeri ini mendoaklan agar beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.

(Sumber: Harakahdaily)

pendikar gunung kriang: Selamat Hari Lahir ke-52, Nizar. Teruskan perjuangan membela hak rakyat yang tertindas di bumi bertuah ini. Jangan berputus asa menegakkan kebenaran. Katakan benar, biar pun pahit!!

Semoga di hari lahirmu yang ke-53 sambutannya terus diadakan di bawah pokok demokrasi yang sama dengan iklim politik Perak yang memihak kepada suara rakyat!!

4 comments:

Anonymous said...

selamat harijadi jadi YB..

Anonymous said...

EHHHH! IDUP LAGI??.
INGAT DAH MAMPUS....!!

Lin said...

salam

tak payah nak sambutlah sebab kamu tu dah menjahanamkan kepentingan melayu/islam apa nak disanjung orang yang lupa diri bila diberi kuasa dan bila dah rebah baru nak pergi berceramah dan mendekati rakyat diserata pelusok Perak,,

lebih baik duduk rumah dan diam daripada melaga-lagakan bangsa melayu.

wahai si nizar, kamu tak sedar ke tindakan kamu ni dah melaga-lagakan orang melayu di Perak hatta dalam Malaysia ni..

eloklah tu kamu guna slogan demokrasi untuk menarik sokongan rakyat... bila masa bkuasa kamu sombong dan bongkak .. nah sekarang bila Allah tarik nikmat kamu pergi menghadap rakyat.. kan lebih baik pi buat umrah dan memohon keampunan Allah.. bukannya berceramah dan berjalan iringan dengan Nga, Ngeh dan siva tu..

hai kawan yang menyokong Pas.. dalam kamu memperjuangkan sinar Islam .. rupanya kamu lupa bahawa kamu dimainkan oleh pemimpin kamu yang maukan kuasa dan menghalalkan semua tindakan mereka atas dasar mereka mengetahui hukum Allah melebihi dari kamu..

ikutlah islam yang dibawa oleh Rasullullah bukan islam pemimpin pas..

salam

pendikar gunung kriang said...

Sdr tungaklangit berkata:

"hai kawan yang menyokong Pas.. dalam kamu memperjuangkan sinar Islam .. rupanya kamu lupa bahawa kamu dimainkan oleh pemimpin kamu yang maukan kuasa dan menghalalkan semua tindakan mereka atas dasar mereka mengetahui hukum Allah melebihi dari kamu..."

Memang betul kata sdr...kita telah dimainkan oleh pemimpin yang maukan kuasa atau tepatnya tamakkan kuasa...Bukan setahun dua kita dipermainkan, tapi sudah 52 tahun kita dipermainkan, iaitu sejak BN bernama Perikatan lagi!!

Syukurlah manusia semakin cerdik, sudah tahu membedakan antara kaca dan permata. Ramai yg berkata cukuplah dipermainkan 52 tahun. Sebab itulah kajian terbaru menunjukkan hanya 19% Melayu mempercayai UMNO dapat membela masa depan mereka.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.