Thursday, March 12, 2009

Siapa Kata Khir Toyo Boros? ~ Ruj Malaysiakini


Ada yang ternganga di kantin pejabat pagi tadi apabila membaca kisah kos tambang perjalanan udara mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari 2008 berjumlah RM349,134 yang melibatkan 21 perjalanan. RM16,625 purata satu perjalanan, aduh mahalnya!!


Antara destinasi luar negara yang dikunjungi oleh beliau seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.

Jumlah itu tidak termasuk lagi kos penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang kini masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar Selangor. Jika dicampur semuanya kemungkinan besar kos keseluruhan beliau ke luar negara berjumlah lebih setengah juta.

Apa...terkejut dengan jumlah sebanyak itu untuk lawatan keluar negara seorang Menteri Besar? Terkejut satu perjalanan menelan belanja purata RM16,625 untuk tambang pesawat saja? Mengapa terkejut....tidak perlu terkejut sebenarnya. Khir pergi ke luar negara bukan naik lembu yang disedekahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, dia naik pesawat eksekutif kelas satu. Jangan bandingkan Khir Toyo sebagai Menteri Besar dengan kita rakyat gembel, rakyat marhaen yang hina dina ini. Tidak wajar juga membandingkan Khir Toyo dengan Nik Aziz yang hidup serba sederhana itu. Jangan juga bandingkan Khir Toyo dengan Lim Guan Eng yang cuma menaiki pesawat kelas ekonomi. Kalau hendak banding, boleh bandingkan beliau dengan orang lain yang setaraf dengannya seperti Sultan Brunei atau Amir negara-negara Teluk yang kaya raya itu.

Jadi biarlah Khir Toyo hendak berbelanja sebanyak mana pun di luar negeri ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu. Mungkin juga pemergiannya itu telah diluluskan oleh EXCO BN yang masing-masing juga pernah keluar negara dengan pelbagai alasan. Jadi biarlah mereka hendak buat apa pun dengan wang rakyat, kerana mereka pemerintah boleh buat apa saja, kita cuma rakyat hina dina. Mereka tidak akan ditahan polis mahupun SPRM, yang kerap kena tahan orang macam kita yang tidak dibekalkan dengan kuasa ini.

Mungkin juga Khir pergi ke luar negara untuk menarik kedatangan pelabur bagi memastikan ekonomi Selangor terus kukuh. Jadi mengapa kita perlu bising? Biarlah dia enjoy dengan pelabur yang ditemuinya di luar negara dengan ongkosnya seberapa banyak pun, biarlah.

Ada rakan dalam satu blog itu menyebut, Khir pergi ke luar negara untuk mencabut gigi rakan-rakannya yang terdiri dari ketua negara-negara luar. Betul juga tu, kerana bukankah Khir Toyo itu doktor gigi, mungkin juga dia pergi untuk mencabut gigi Perdana Menteri Britain, Thailand, China, Jepun dan lain-lain. Sebagai balasan kepakarannya mencabut gigi, mungkin Khir Toyo meminta ketua-ketua negara tersebut mencabut uban di kepalanya pula, siapa tahu?

Atau mana tahu kemungkinan Khir Toyo pergi keluar negara untuk mencari lembu yang sesuai bagi disedekahkan kepada rakyat Selangor sempena dengan Aidil Adha pada setiap tahun sepanjang pemerintahannya? Tapi tentu ramai yang bertanya, jika dia pergi ke luar negara untuk mencari lembu kenapa tidak disiasat oleh SPRM seperti Tan Sri Khald Ibrahim?

Siapa kata Khir Toyo boros? Dia tidak boros! Dia cuma membelanjakan sebahagian kecil saja wang cukai yang kita bayar untuk menambahkan ilmunya sebagai ahli politik!

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

tuan pendikar,

ini bagus.. kata orang putih - this is good..
you are right pendikar.
nanti kalau ada orang kata khir kaki duit, diaorang akan ugut dengan saman dan cuba hasut.
kalau ada orang sebut khir ni kaki penyapu pun dia orang akan saman punya. jadi, bak kata pendikar tu betullah, kira memang tepatlah khir memang gunakan dengan berfaedah belanja duit rakyat tu.

tapi.. teringat kata2 seperti yang disebut oleh senyum kambing, sial penyapu masih belum tamat tempoh - maka, janganlah nak melebih2 khir.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.