Friday, March 6, 2009

Siapa Melayu Yang Biadab Itu, Tuanku?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dipetik star online melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam perlembagaan.

Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka telah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.

"Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?" titah baginda ketika merasmikan upacara pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Siapa golongan yang dimaksudkan sebagai Melayu biadap yang terus mempersoalkan bangsanya sendiri dan Raja-Raja Melayu itu?

Adakah yang dimaksudkan baginda itu ialah golongan Melayu yang telah meminda Perlembagaan sehingga menghakis kuasa dan kekebalan Raja-Raja pada 1983 dan 1993? Adakah yang dimaksudkan baginda itu ialah golongan Melayu yang memerintah negara selama 52 tahun tetapi gagal menggunakan kuasa yang diamanahkan untuk memartabatkan ekonomi bangsa Melayu sehingga masih menjadi kaum termiskin di Malaysia? Adakah yang dimaksudkan baginda itu golongan Melayu yang menghina bahasa sendiri sehingga pengajaran sains dan matematik ditukar dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris?

Jika salah satu golongan biadap yang dimaksudkan baginda itu ialah yang menyokong pelaksanaan PPSMI itu, ia satu peringatan yang sangat sesuai sebelum kita beramai-ramai berkumpul di Masjid Negara esok bagi membantah PPSMI.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.