Tuesday, March 31, 2009

Siapa Yang Pernah Sentuh Altantuya? ~ Malaysiakini

Image Preview


Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang menyentuh isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat Timbalan Perdana Menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Mengikut Malaysikini, sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan, termasuk tidak dibenarkan menyentuh isu Altantuya dalam kempen pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung sekarang.

Saya nak tergelak mengikuti berita itu. Polis kata jangan sentuh isu Altantuya! Jangan sentuh, jngan sentuh Altantuya. Banyaknya senarai yang tak boleh buat, itu tak boleh buat, ini tak boleh buat.

Tapi jangan sentuh Altantuya suatu arahan yang pelik. Siapa yang pernah sentuh Altantuya? Dulu ada yang berkata Razak Baginda pernah sentuh Altantuya, Ada yang kata hasil sentuhan itu sangat menakjubkan hingga anak Altantuya mirip orang Malaysia! Tapi itu cuma kata orang, mungkin fitnah saja oleh mereka yang gatai mulut.

Balasubramaniam pula dalam akuan bersumpahnya dulu berkata Najib pun pernah sentuh Altantuya semasa di Singapura. Bala malah menuduh sentuhan itu bukan sentuhan biasa, bukan sentuhan main-main, tapi sentuhan yang mengghairahkan! Tapi itu pun barangkali fitnah juga. Kerana sememangnya wanita cantik seperti Altantuya pasti ramai lelaki yang ingin menyentuhnya, tak kiralah lelaki bernama Razak, Najib atau malah Bala sendiripun!

Tapi kini Altantuya sudah mati diletupkan C4. Siapa lagi yang hendak menyentuhnya? Yang masih ingin menyentuhnya barangkali mereka yang pernah menyentuhnya di Paris, Singapura atau destinasi lain semasa Altantuya masih hidup.

Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

Baginda Reformasi said...

kini polis cabut bendera adil dan dap di perak. alasan kerana PAS yg bertanding.. AMK tolong cabut gambar zambry sebab dia dala haram malah tak brani bertanding

pendikar gunung kriang said...

Lepas ni kita nak tengok sama ada mereka cabut ke tidak bendera umno, gambar Najib dan gambar Zambry kerana Umni, Najib dan Zambry tak bertanding, yang bertanding BN.

Baginda Reformasi said...

pendikar
TV3 suku kuar takde isu berat sebelah kalau letak gbr najib ngan zambry.. hampeh la..!
31/3 punye brite

saya perlukan pendapat anda..tq

panas-hisamudin bersilat cekak..
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

lebih panas-masjid di conteng dgn makian
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

p/s
buat banner besar2....

1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..

2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...

ok tak cadangan aku? huhu
to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.